Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rimas, panas tapi sanggup berkorban demi keselamatan

Apr 09, 2020 | 11:00 PM



PANAS, merimaskan dan kadangkala sukar bernafas.


Inilah pengalaman sesetengah pekerja penghantaran makanan di sini yang memakai pelitup semasa keluar bertugas setiap hari di tengah-tengah pandemik Covid-19 sekarang.


Meskipun mencabar, pekerja penghantaran makanan yang dihubungi Berita Harian rata-ratanya memilih untuk memakai pelitup untuk melindungi pelanggan, diri sendiri dan keluarga mereka.


Antara mereka termasuk Cik Tien Suliyana Yahya, 35 tahun, yang telah berkhidmat sebagai pekerja penghantaran makanan sejak sekitar empat tahun lalu.


Meskipun rasa rimas memakai pelitup buat tempoh yang lama, beliau menganggapnya satu langkah penting demi keselamatan dirinya dan orang di kelilingnya.


Beliau kadangkala memakai pelitup pakai buang dan kadang-kadang pula memakai pelitup guna semula yang diagihkan pemerintah.


Cik Latifah Jafni, 35 tahun, pula merasakan penting untuk memakai pelitup apabila beliau keluar bekerja.


Namun oleh kerana ia kadangkala tidak selesa baginya, pekerja penghantaran makanan Grab Food itu berkata beliau membukanya semasa menunggang motosikal dan memakainya semula semasa hendak mengambil makanan di kedai makan atau untuk ke rumah pelanggan.


Bagi Cik Nooradilah Omar, 35 tahun, yang menawarkan khidmat penghantaran menggunakan kenderaannya sendiri, beliau bukan sahaja memakai pelitup semasa bertugas.


“Saya galak pelanggan memilih khidmat penghantaran tanpa kontak. Ini bermakna saya akan mesej pelanggan selepas meninggalkan barang yang ditempah di depan pintu rumah mereka.


“Dan saya selalunya melihat mereka keluar untuk mengambil barang itu apabila saya sudah sampai di lif.


“Saya ada dua anak berumur lapan dan sembilan tahun di rumah, jadi saya rasa langkah ini lebih selamat dan diperlukan,” ujarnya.


Meskipun permintaan bagi khidmat penghantaran makanan difahamkan meningkat dengan lebih ramai orang tidak keluar rumah disebabkan langkah pemutus litar untuk membendung penularan koronavirus ini, sesetengah pekerja penghantaran makanan di sini berkata ini tidak semestinya bermakna tempahan yang mereka terima juga bertambah.


Ini kerana menurut mereka, jumlah mereka yang berkhidmat sebagai pekerja penghantaran makanan kini pun dipercayai bertambah.


Pekerja penghantaran makanan Food Panda, Encik Muhammad Naqiuddin Muhammad Nodin, 26 tahun, misalnya berkata kalau dahulu beliau boleh mendapat lebih 30 tempahan kalau bekerja sekitar sembilan jam, kini beliau hanya mendapat 20 tempahan bagi tempoh yang sama.


Hujung bulan lalu, pemerintah mengumumkan bahawa pemandu teksi dan kereta sewa privet kini boleh bantu membuat penghantaran barangan keperluan rumah dan makanan.


Langkah ini bertujuan membantu tangani kekurangan slot penghantaran sedang pemerintah menggesa orang ramai untuk memesan makanan dan barangan keperluan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >