Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rindu Singapura

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



MENYIMPAN hasrat menabur bakti pada negara dengan mempelajari kemahiran baru beribu batu jauhnya sebelum kembali ke Kota Singa.



Itulah yang diharapkan Cik Nurul Shaza Mohd Ishak, 30 tahun, pengurus besar dan pengarah syarikat teater, Teater Ekamatra.



Beliau yang kini memburu ijazah sarjana sastera dalam penerbitan kreatif di Royal Central School of Speech and Drama di London berkata:



"Pengajian di Singapura dan di London amat berbeza, jadi saya harus mempunyai matlamat realistik dan mengetahui apa yang perlu saya lakukan apabila saya pulang nanti.



"Saya harap apa yang saya pelajari di London akan membantu saya (merancakkan dunia seni negara)."



Buat masa ini, beliau terlibat dalam video muzik Hari Kebangsaan Singtel In Return: Resonating with the Rhythms of Home.



Video muzik itu menyingkap perjalanannya menuntut ilmu di London lalu merindui Kota Singa dan juga ayah tercinta.



Selain Cik Nurul Syaza, muzik video itu meraikan dua individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, namun dengan tema serupa mahu pulang ke Singapura kerana merindui orang yang disayangi.



Apabila diberi peluang menceritakan kisah kehidupannya melalui video muzik itu, Cik Nurul Shaza mengakui berasa amat terharu.



"Saya amat berbesar hati apabila diberitahu saya terpilih melibatkan diri dalam video tersebut," akuinya.



Apatah lagi, beliau terlibat dengan dua individu hebat yang turut menceritakan kisah kehidupan mereka sebagai relawan dan bersaing di pentas seni antarabangsa.



"Saya percaya bahawa seni itu sebahagian besar daripada apa yang menjadikan kita manusia...



"Sudah pasti saya ingin rakyat Singapura mengenali dan memahami bidang seni kerana tidak begitu ramai yang memahami peri pentingnya dalam kehidupan harian kita," ujarnya.



Video muzik In Return mendapat sambutan begitu menggalakkan di YouTube dan Facebook.



Pencipta lagu In Return Ting Si Hao berkata:



"Saya gembira terlibat dalam pembikinan video muzik ini yang meraikan tiga individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.



"Ia agak mencabar bagi saya kerana kita semua tahu bahawa memberi penghormatan kepada negara melalui lagu bukan tugas yang mudah."



Penyair Marc Nair yang juga penulis lirik lagu itu berkongsi pengalaman melibatkan diri dalam projek tersebut.



"Identiti kebangsaan sering menjadi perkara yang sulit dan konsep yang payah diketepikan. Mengekalkan ia menerusi seni memang sukar.



"Lirik ini tidak mudah ditulis kerana saya harus menterjemahkan resonans emosi bahasa seiring dengan palet visual muzik.



"Ia turut termasuk menerapkan babak serta ciri tiga watak untuk menjadikan ia satu arca.



"Proses ini melibatkan beberapa penulisan semula dengan berulang kali mendengar melodi dan menghitung suku kata bagi memastikan setiap perkataan itu sesuai dan tepat pada masanya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >