Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Ringan sikit beban yang saya tanggung...'

May 08, 2021 | 05:30 AM

BERMODALKAN hanya $10, Cik Rahmah Alwi mula berjinak-jinak memulakan perniagaan kecil-kecilan membuat kuih-muih Melayu.

Beliau terpaksa berdikari mencari rezeki bagi membesarkan dua anak lelakinya sendirian selepas suaminya meninggalkan mereka semasa anak-anak masih kecil.

Sehingga anak-anaknya dewasa, begitulah Cik Rahmah menyara kehidupan keluarganya dengan menjual kuih-muih Melayu selama bertahun-tahun lamanya.

Namun, apabila keadaan kesihatannya mula merosot, Cik Rahmah, 58 tahun, memutuskan untuk berhenti bekerja sekitar setahun lalu sebagai penjual kuih di sebuah gerai.

Kini, beliau bergantung pada abang dan anak-anaknya pula, dan juga menerima bantuan beberapa pihak dari segi kewangan dan barang keperluan.

Cik Rahmah merupakan antara 700 keluarga penerima zakat Persatuan Muhammadiyah yang baru-baru ini menerima habuan kuih Hari Raya dan wang zakat.

Habuan yang diberi itu adalah sebahagian usaha persatuan itu membantu keluarga yang memerlukan membuat persiapan bagi Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi.

"Ia meringankan sikit beban saya. Dulu masa saya kerja, tak rasa sangat. Tetapi bila dah tak kerja, baru terasa (bebannya)," kata beliau.

Cik Rahmah berkata ini kali ketiga beliau menerima habuan sedemikian daripada Persatuan Muhammadiyah.

Sebelum ini, 700 keluarga penerima zakat persatuan itu telah menerima beg habuan mengandungi keperluan makanan harian seperti beras, minyak masak dan minuman sebelum Ramadan supaya dapat membuat persiapan menjalankan ibadah puasa.

Keluarga ini termasuk mereka yang mengalami masalah kewangan disebabkan pengangguran akibat masalah kesihatan, ibu atau bapa tunggal, warga emas, atau mereka yang terjejas pandemik Covid-19.

Persatuan Muhammadiyah membelanjakan hampir $150,000 bagi pengagihan habuan kuih Raya dan wang zakat kepada 700 keluarga itu baru-baru ini.

Selain Persatuan Muhammadiyah, Cik Rahmah berkata beliau turut menerima bantuan beberapa pihak lain.

Ini termasuk bantuan makanan dan baucar NTUC $30 dari kelab masyarakat dan bantuan kewangan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setiap bulan.

Dengan Hari Raya yang akan tiba beberapa hari lagi, Cik Rahmah berkata perayaan itu akan disambutnya dengan keluarga secara sederhana.

Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berharap habuan kuih Hari Raya dan wang zakat yang diberikan itu dapat meringankan sedikit perbelanjaan untuk persiapan Syawal bagi keluarga penerima zakat tersebut.

"Dengan sedikit sebanyak barang dan juga wang yang kami beri ini, diharap memberi sinaran kepada mereka agar tidak berasa sendirian dalam menyambut Hari Raya, dan mereka tahu ada orang yang prihatin dengan keadaan mereka.

"Walaupun jumlahnya tidak begitu banyak, kami harap mereka dapat merasakan kemeriahan Hari Raya," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3