Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ringan sikit kos rawatan yang perlu dibayar

Feb 02, 2020 | 05:30 AM



PADA Februari 1980, Cik Tuminam Tukimin terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.



Akibat kemalangan tersebut, beliau tidak dapat bekerja kerana pergerakannya terjejas.



Sehingga kini, Cik Tuminam, 65 tahun, terpaksa duduk di rumah dan hanya melakukan tugas-tugas mudah seperti memasak.



Dihubungi baru-baru ini, suaminya, Encik Abdul Wahab Ahmad, juga 65 tahun, menceritakan:



“Sekarang dia jalan pun tak kuat. Tangan kiri dan kaki kirinya pun dah lemah.



“Dulu dia boleh pergi pasar sendiri tapi sekarang dah tak yakin sangat, jadi kita akan pergi bersama, mesti ada orang yang temankan jika dia keluar.”



Di rumah, Cik Tuminam boleh berjalan tetapi sangat perlahan, dan harus “papah-papah, pegang tembok dan sofa”, katanya.



Di luar pula, beliau terpaksa ke mana-mana menggunakan kerusi roda.



Oleh itu, suaminya yang akan menemani beliau ke poliklinik setiap kali perlu menghadiri janji temu doktor setiap enam bulan.



Mereka akan ke poliklinik Choa Chu Kang, yang terletak tidak jauh dari rumah empat bilik mereka di kawasan sama.



Oleh sebab Cik Tuminam merupakan warga daripada generasi Merdeka, beliau mendapat subsidi setiap kali perlu mendapatkan rawatan atau membeli ubat.



“Enam bulan sekali kami perlu ke poliklinik untuk jumpa doktor. Yalah, dia (Cik Tuminam) pun ada kencing manis, tapi alhamdulillah keadaannya masih terkawal.



“Ada tiga macam ubat dia perlu makan termasuk untuk kolesterol dan kencing manis,” ulas Encik Wahab.



Menurutnya lagi, mereka perlu membayar sekitar $2 hingga $3 sahaja, harga yang telah dipotong dari sekitar $30 hingga $40 selepas subsidi yang diterima.



“Memang melegakan... kita juga tak perlu keluarkan banyak dari poket sendiri dan yang penting juga kita tak perlu menyusahkan anak-anak,” kata Encik Wahab.



Pasangan tersebut mempunyai tiga anak yang kesemuanya sudah berumah tangga.



Hanya seorang daripada mereka menetap dengan pasangan tersebut di flat mereka di Choa Chu Kang.



Bagi Cik Tuminam juga, beliau menerima sumbangan dalam akaun CPF-nya daripada anak sulungnya.



Sumbangan tersebut membantu dengan bayaran bagi Medisave serta premium MediShield Hayatnya.



Menyentuh hal tersebut, Encik Wahab cukup memuji sistem itu di mana anak-anak dan suami dapat menyumbang kepada akaun CPF.



Kata beliau, yang pernah bertugas dalam industri minyak dan gas:



“Bagus juga dia dapat (sumbangan). Jadi kalau ada apa-apa, masuk hospital ke, wang itu boleh dipakai.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >