Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ringgit 'hangat'... beberapa pengurup kehabisan stok

May 21, 2022 | 05:30 AM

STOK ringgit Malaysia kehabisan di beberapa pengurup semalam setelah nilai ringgit berbanding dolar Singapura semakin susut.

Ringgit habis dibeli oleh orang ramai yang beratur panjang di beberapa pengurup di sini.

Nilai ringgit mencecah RM3.15 berbanding sedolar Singapura, lebih rendah daripada RM3.10 dicatatkan minggu lalu, menurut beberapa pengurup kepada Berita Harian (BH).

Dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi semalam, terdapat barisan panjang terbentuk di luar pengurup di Clifford Gems & Money Exchange yang terletak di besmen dua pusat beli-belah Raffles City.

Keadaan serupa juga dilihat di pengurup di Mustafa Centre (gambar atas).

Permintaan untuk ringgit Malaysia dan rupee India di antara permintaan tertinggi berbanding mata wang asing yang lain, kata pengurup di Mustafa Centre, Encik Jamalun Nasir, 65 tahun.

Laporan lanjut: Nilai RM turun: Pengurup jangka permintaan terus naik

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3