Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ringkas

Feb 18, 2021 | 05:30 AM



Kes tikaman di Tampines: Tuduhan jenayah ke atas lelaki dibatal



DUA tuduhan jenayah terhadap seorang lelaki yang ditemui mati di Punggol berikutan kejadian tikaman ke atas seorang wanita di Tampines minggu lalu, telah dibatalkan semalam.



Ini bermakna bahawa prosiding pengadilan Ng Chee Kok atas tuduhan ini telah berakhir, lapor The Straits Times.



Pada 10 Februari lalu, Cik Ting Su Yin, 42 tahun, yang mengahwini Ng pada Jun 2000, ditemui terbaring tidak bergerak di kolong Blok 206 Tampines Street 21, dengan kesan luka di leher.



Ng, 45 tahun, kemudian ditemui terbaring tidak bergerak di kaki flat Blok 205A Punggol Field.




Banana Leaf Apolo didakwa atas tuduhan langgar peraturan Covid-19



RANGKAIAN restoran The Banana Leaf Apolo didakwa di mahkamah daerah semalam atas tuduhan melanggar peraturan berkaitan Covid-19 semasa Fasa Dua pembukaan semula ekonomi Singapura.



Waktu itu, perhimpunan terhad kepada lima orang.



Restoran makanan India itu, yang terkenal dengan kari kepala ikan, menghadapi lima tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara), lapor The Straits Times.



Semua kesalahan didakwa dilakukan di kedai Little India Arcade di Serangoon Road pada 12 September lalu. Antara lain, restoran itu didakwa gagal mengambil langkah untuk memastikan perhimpunan tidak melebihi had yang dibenarkan.




CNB rampas dadah bernilai $401,000; tiga orang ditangkap



SERAMAI tiga orang telah ditangkap bagi kesalahan berkaitan dadah, dan sebanyak 3,720 gram heroin, 813 gram 'Ice', 2,934 gram ganja dan satu tablet Erimin-5 dirampas menyusuli operasi oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) kelmarin.



CNB menganggarkan dadah yang dirampas itu bernilai $401,000.



Suspek pertama, seorang lelaki Singapura berusia 24 tahun, ditangkap berikutan serbuan di sebuah unit kediaman di Edgedale Plains di Punggol pada petang Selasa, menurut kenyataan CNB semalam.



Dua lagi suspek - seorang wanita Singapura berusia 28 tahun dan seorang lelaki Malaysia berusia 32 tahun - ditangkap di kawasan Balestier Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >