Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ringkas

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



Penjara dua bulan bagi jurulatih bengkel, ambil kesempatan remaja lelaki 15 tahun



SEORANG jurulatih bengkel dikenakan hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah kepada satu tuduhan mengambil kesempatan seksual terhadap seorang individu muda.



Tay Yi Hui, 28 tahun didapati bersalah meminta seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengirimkan kepadanya gambar remaja itu dengan hanya memakai seluar dalam, selepas menghubungi remaja lelaki itu menerusi media sosial, lapor The Straits Times.



Ini selepas Tay mengendalikan bengkel kepimpinan bagi kelas remaja lelaki itu. Menyusuli pertemuan pertama itu, Tay juga mengirimkan kepada remaja lelaki itu gambar diri sendiri yang separuh bogel.




Konsultan kanan NUH dilantik ahli PSC



PROFESOR Madya Benjamin Ong, seorang doktor neurologi telah dilantik Presiden Halimah Yacob sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) bagi penggal lima tahun bermula semalam.



Profesor Ong, 63 tahun ialah naib presiden kanan (pendidikan dan sumber kesihatan) di Universiti Nasional Singapura (NUS) serta konsultan kanan di jabatan neurologi di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Beliau juga pengerusi jawatankuasa pakar 14 anggota yang dilantik Kementerian Kesihatan (MOH) pada 5 Oktober untuk memberi usulan kepada pemerintah mengenai strategi vaksinasi Covid-19 Singapura.




Perjanjian baru benarkan penyelidik di SG gunakan superkomputer terpantas di dunia



SUPERKOMPUTER terpantas di dunia Fugaku kini boleh digunakan oleh penyelidik dari Singapura menerusi satu perjanjian antara Pusat Superkomputer Nasional Singapura (NSCC) dan dua entiti Jepun Pusat Riken bagi Sains Perkomputeran dan Pertubuhan Penyelidikan bagi Sains dan Teknologi (Rist)



Kerjasama itu membuka peluang bagi penyelidikan di skala besar dan lebih rumit dilakukan dan mengurangkan tekanan terhadap sumber superkomputer Singapura, kata NSCC dalam satu kenyataan kelmarin.



Buat masa ini, 11 projek Covid-19 sedang menggunakan sumber perkomputeran Singapura ini untuk menampung 16 juta jam perkomputeran.



Fugaku dimiliki oleh syarikat teknologi Fujitsu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >