Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ringkas

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



Kes saluran Telegram SG Nasi Lemak: Probesen bagi belia kedua miliki filem lucah



SEORANG belia lelaki berusia 18 tahun yang mengaku bersalah memiliki 59 filem lucah telah dikenakan hukuman Probesen setahun semalam.



Belia yang tidak boleh dinamakan kerana berusia 17 tahun ketika membuat kesalahan itu adalah belia kedua dikaitkan dengan saluran Telegram SG Nasi Lemak di mana gambar tidak senonoh wanita di Singapura dikongsi. Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda melindungi warga muda di bawah usia 18 tahun.



Video lucah itu ditemui dalam telefon bijak belia tersebut, yang telahpun mengaku salah pada 21 Oktober.



Pada bulan yang sama, Justin Lee Han Shi, 20 tahun, seorang lagi belia yang dikaitkan dengan saluran Telegram itu dikenakan hukuman setahun probesen kerana memiliki lebih 400 filem lucah.




Tinjauan: Penduduk SG rela berbelanja lebih bagi 'staycation'



PENDUDUK di Singapura rela berbelanja lebih bagi staycation atau menginap di hotel setempat dan melakukannya lebih kerap, mengikut satu tinjauan oleh Institut Kecemerlangan Khidmat di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Sekitar 63 peratus daripada 450 peserta tinjauan itu berkata mereka bercadang mengekalkan atau menambah kekerapan melakukan staycation sementara lagi 71 peratus berkata mereka boleh mengeluarkan perbelanjaan yang sama atau menambahnya bagi kegiatan itu.



Ini meskipun sebahagian peserta prihatin mengenai kos dan keselamatan diri kerana sebahagian hotel telah diperuntuk sebagai pusat kuarantin Covid-19.




Komander RBAF kunjungi Eng Hen



KOMANDER Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF) Mejar Jeneral Hamzah Haji Sahat mengunjungi Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Dalam pertemuan itu, Dr Ng dan Mejar-Jeneral Dato Hamzah menekankan hubungan pertahanan dua hala yang erat dan berpanjangan antara Singapura dengan Brunei dan membincangkan isu-isu keselamatan serantau. Mejar-Jeneral Dato Hamzah berada di Singapura untuk mengadakan lawatan perkenalan tiga hari berakhir hari ini.



Beliau juga dianugerahkan Pingat Jasa Gemilang (Tentera) oleh Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >