Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Risalah tentang pemberian baucar percuma jika isi tinjauan kewangan bukan dari FairPrice

Jan 24, 2022 | 11:10 PM



RISALAH Tahun Baru Cina yang kononnya bertujuan memberikan baucar FairPrice percuma disahkan bukan daripada rantaian pasar raya tersebut, jelas FairPrice.



Ia meminta orang ramai mengimbas kod QR tinjauan kewangan dalam talian untuk menerima baucar FairPrice bernilai $20. Tidak jelas jika baucar FairPrice sebenar diberikan atau tidak.



Pada Isnin (24 Januari), FairPrice dalam pos Facebook berkata tidak dipastikan risalah itu datang dari mana. Buat masa ini, pasar raya itu menjelaskan ia tidak menjalankan sebarang promosi yang memerlukan pengguna menyelesaikan tinjauan untuk mendapatkan baucar berkenaan,.



"Kami ingin menjelaskan bahawa risalah ini dan promosi yang datang bersamanya bukannya dihasilkan atau disahkan kegunaannya oleh FairPrice," jelas pasar raya itu.



Terdapat beberapa kes penipuan berprofil tinggi baru-baru ini dengan banyak pertubuhan kini mengambil langkah berhati-hati dan memberi peringatan kepada pelanggan mereka.



Hampir 470 pelanggan OCBC kehilangan hampir $8.5 juta keseluruhannya pada Disember lalu dalam satu kes penipuan pancingan data menerusi SMS. Sesetengah pelanggan kehilangan simpanan hayat yang dibangunkan selama beberapa tahun buat keluarga mereka.



FairPrice juga pernah menjadi mangsa sasaran komplot penipuan.



Pada 2018, ia terpaksa menjelaskan dalam satu pesanan yang memberitahu orang ramai bahawa berita mengenai FairPrice memberikan kad cendera hati bernilai $400 untuk ulang tahun ke-45 pasar raya tersebut merupakan satu penipuan.



Pada 2016, satu penipuan pancingan data mendakwa menawarkan orang ramai yang mengisi tinjauan dalam talian baucar FairPrice bernilai $500 sebagai cendera hati.



Orang ramai yang tidak pasti mengenai kebenaran maklumat yang diperolehi tentang FairPrice boleh e-mel kepada rantaian pasar raya ini di e-mel general.feedback@fairprice.com.sg atau hubungi 6380-5858.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >