TIDAK seperti negara-negara besar, terdapat risiko yang sangat besar bagi negara kecil seperti Singapura jika maklumat yang tidak benar dan palsu digunakan sebagai senjata untuk memporak-perandakan perpaduan sosial, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee.
Bercakap dalam 'Ceramah Tahunan Persatuan Peguam Muslim Singapura (AML) 2017' bertajuk Berita Palsu - Bahaya dan Kerosakan semalam, beliau, yang juga Menteri Kedua bagi Pembangunan Negara, menambah bahawa Singapura tidak boleh lagi pusing ke belakang daripada kerosakan yang telah dilakukan terhadap perpaduan dan identiti yang dikongsi sama, yang dibina dengan susah payah sejak 50 tahun lalu, jika garisan kesilapan bangsa dan agama berjaya dieksploitasi dan diperbesarkan.