Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Risiko virus Ebola di Singapura rendah

Sep 08, 2014 | 05:33 PM



RISIKO penularan virus Ebola di Singapura adalah rendah kerana pergerakan antara warga Singapura-Afrika "adalah terbatas", kata Menteri Negara (Kesihatan), Dr Lam Pin Min, di parlimen hari ini.


Sebelum penularan itu berlaku, antara 200 hingga 300 orang tiba di Singapura setiap bulan dari kawasan-kawasan yang terjejas dengan penularan virus Ebola di Nigeria.


Selain itu, sejumlah 30 orang lagi tiba dari rantau yang terjejas dengan Ebola, seperti Guinea, Liberia dan Sierra Leone, setiap bulan.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan bahawa penularan virus itu dianggap sebagai Keprihatinan Kecemasan Antarabangsa ke atas Kesihatan Awam bulan lalu dan sejak itu banyak syarikat penerbangan telah menghentikan khidmat penerbangan ke ketiga-tiga negara tersebut.


"Jumlah pengunjung dari negara-negara ini ke Singapura adalah rendah, malah lebih rendah sekarang," kata Dr Lam.


Namun begitu, beliau menggariskan beberapa langkah bagi mengekang penularan jangkitan sekiranya satu-satu kes yang telah disahkan dikesan di republik ini.


Sebagai contoh, pengurusan kes-kes ini akan ditempatkan di Hospital Tan Tock Seng.


Namun, bagi sesebuah kes yang telah dimasukkan ke sebuah hospital lain akan terus diuruskan di hospital berkenaan bagi mengurangkan risiko jangkitan semasa pemindahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >