ORANG ramai memberi sambutan baik terhadap rayuan bagi usaha pengumpulan derma untuk membantu penduduk Palestin di Gaza, dengan dana itu berjaya mengumpul lebih $800,000 dalam tempoh 12 jam pertama selepas ia dimulakan Sabtu (22 Mei).
Jumlah itu termasuk $200,000 yang disumbangkan syarikat Sheng Siong Group Ltd.
Dalam kenyataannya Sabtu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menyatakan sambutan yang diterima pihaknya amat menggalakkan dalam usaha mengumpul dana untuk memberi bantuan kemanusiaan di Gaza.
Dalam satu majlis Sabtu pagi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee, menyerahkan sumbangan pihaknya kepada CEO RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dalam satu majlis di Masjid Yusof Ishak.
Acara itu turut disaksikan wakil bukan pemastautin Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi, dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood.
RLAF akan bekerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) bagi menyalurkan bantuan di Gaza dalam bentuk khidmat kesihatan, makanan dan sosial bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terkini di Gaza.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
RLAF: $800,000 dikumpul dalam 12 jam pertama bagi bantuan kemanusiaan di Gaza
May 22, 2021 | 04:10 PM