Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF agih makanan kepada pekerja asing sempena Aidiladha

Jul 31, 2020 | 04:14 PM



 





SEBAGAI tanda penghargaan terhadap pengorbanan pekerja asing yang terpaksa berjauhan dari keluarga dan tanah air mereka, Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) telah mengagihkan makanan pagi ini (31 Julai) sempena Hari Raya Aidiladha.



Seramai 5,900 pekerja asing di 78 kilang yang dijadikan dormitori (FCD) telah menerima agihan makanan tersebut yang termasuk briyani dan dalca serta pencuci mulut.



Dipandukan oleh badan amal berdaftar, Free Food For All dan badan bukan pemerintah, New Life Stories, inisiatif tersebut yang disokong Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), bertujuan mengenang jasa serta sumbangan pekerja asing yang telah membantu membangun dan memakmurkan Singapura.



Hadir pagi tadi untuk mengagihkan makanan tersebut di Prefab Technology Pte Ltd yang terletak di Sungei Kadut ialah Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood; Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris; Pengarah Eksekutif RLAF, Encik Zainul Abidin Ibrahim; serta wakil dari New Life Stories.



“Inisiatif ini diusulkan untuk memberi peluang kepada para pekerja asing merasakan suasana Hari Raya Aidiladha dan juga memandangkan mereka terpisah dari keluarga mereka.



“Usaha ini kami rasa penting untuk mengiktiraf para pekerja asing yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan Singapura... mereka telah membuat banyak pengorbanan untuk datang ke negara kita, meninggalkan keluarga mereka,” kata Encik Zainul Abidin.



Seperti Muslim Singapura lain, sambutan Aidiladha para pekerja asing ini turut terjejas oleh Covid-19.



Jika biasanya daging korban dari masjid-masjid di serata Singapura sebahagiannya akan diagihkan kepada pekerja asing pada Hari Raya Haji, kali ini hal tersebut tidak dapat dilakukan kerana ibadah korban tahun ini diadakan di Australia.



Para pekerja asing yang selalunya akan bersama-sama memasak lauk-pauk perayaan mereka sendiri bagi menyambut Aidiladha juga tidak dapat melakukan hal tersebut tahun ini.



“Hari Raya tahun ini memang berbeza...kita tak dapat solat bersama, tak boleh keluar, masing-masing dalam asrama sendiri, tapi setidak-tidaknya kami semua selamat, kami bersyukur pada Tuhan,” ujar Encik Hossain Amran, 28 tahun, salah seorang pekerja asing yang ditemui.



“Saya sangat ghairah dapat makanan hari ini sebab kami tak boleh keluar, jadi sekurang-kurangnya bila terima makanan, kami dapat beritahu keluarga (di sana) bahawa badan Islam di sini telah berikannya kepada kami,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >