Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF edar pek bantuan kepada penduduk di 'bandar khemah' Turkey

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



PASUKAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengedarkan pek bantuan kepada lebih 1,000 orang yang tinggal di salah satu 'bandar khemah' di Adiyaman, Turkey, pada Rabu ketika ia meneruskan misi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.



Di 'bandar khemah' yang dikunjungi Berita Harian (BH), lebih 5,000 penduduk kini memanggil tempat teduhan itu rumah mereka.



Ia adalah salah satu daripada 15 'bandar khemah' yang terdapat di sekitar Adiyaman.



Menurut naib pengerusi bantuan kemanusiaan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turkey, Hayrat Yardim, Encik Osman Çalim, 'bandar khemah' tersebut kini menjadi tempat perlindungan bagi mangsa gempa bumi di negara itu.



"Memandangkan orang ramai tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka atas sebab keselamatan, bandar khemah ini berfungi sebagai rumah sementara mereka.



"Ini sebelum mereka dialihkan kepada rumah kontena atau bangunan perumahan baru pada masa akan datang," kata Encik Osman.



Akibat gempa bumi yang melanda Turkey pada Februari lalu, lebih separuh daripada bangunan di Adiyaman runtuh atau rosak.



Ia difahamkan bahawa Hayrat Yardim, bersama 170 NGO lain, telah dikerah berkhidmat di 'bandar khemah' yang terletak di serata wilayah itu.



Khemah-khemah itu berlainan daripada perkhemahan tidak rasmi yang didirikan sendiri oleh penduduk di sini, yang selalunya terletak bersebelahan rumah mereka atau di dataran bandar.



Khemah-khemah yang didirikan itu hanya kira-kira satu meter jauhnya daripada khemah bersebelahannya.



Selain menempatkan penduduk Turkey di 'bandar khemah' tersebut, Hayrat Yardim berkata pelarian Syria juga tinggal bersama di sana.



Kumpulan ini merupakan kumpulan terbesar di khemah tersebut.



Semasa di sana, pasukan RLAF berpeluang mengagihkan makanan panas untuk berbuka serta mengagihkan pek makanan, barangan kebersihan serta makanan untuk sahur.



Mereka telah mengagihkan barangan keperluan kepada lebih 100 khemah.



"Agak sejuk malam... kerana suhu mencecah 7 darjah Celsius. Tetapi kami melakukan apa yang kami mampu untuk cuba membantu penduduk di sini.



"Saya berharap bantuan ini akan membantu mereka meneruskan kehidupan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, semasa beliau bersama-sama mengagihkan bantuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >