Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF, masjid alu-alukan sumbangan masyarakat

Aug 10, 2018 | 06:35 PM



MASYARAKAT awam yang ingin menderma untuk membantu mangsa gempa bumi di Lombok dan banjir di Laos boleh berbuat demikian menerusi kotak-kotak derma yang diletakkan di 70 masjid sekitar Singapura mulai hari ini. 



Ini merupakan sebahagian daripada usaha khas Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama masjid-masjid Singapura untuk mengumpul dan menyalurkan dana kepada mangsa kededua bencana itu.



Orang ramai boleh menderma ke kotak yang ditandakan dengan perkataan ‘In Aid of Survivors of Earthquake in Lombok and Floods in Laos’ dari sekarang hingga Khamis, 16 Ogos, menurut satu kenyataan RLAF. 



Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat untuk menyumbang, usaha mengumpul dana itu juga disebut dalam khutbah hari ini. 



Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang dalam talian menerusi laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di https://zakat.sg/ePayment/donations.aspx hingga 24 Ogos ini.



Sumbangan dalam bentuk tunai atau cek juga diterima. 

Cek perlu ditujukan kepada ‘RLAF’ dengan perkataan ‘In Aid of Survivors of Earthquake in Lombok and Floods in Laos’ yang ditulis di belakangnya.



Derma wang tunai dan cek boleh dihantar ke Pejabat RLAF di Masjid Yusof Ishak, Level 4, 10 Woodlands Drive 17, Singapore 737740; atau ke RLAF di Singapore Islamic Hub, 273 Braddell Road, Singapore 579702.



Semua kutipan dana itu akan diserahkan kepada badan kemanusiaan Mercy Relief dan Palang Merah Singapura yang menyokong operasi bantuan kecemasan di kedua-dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >