Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF, Palang Merah kumpul derma bagi mangsa letupan Beirut

Aug 07, 2020 | 08:33 PM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) akan mengadakan pungutan derma bagi membantu mangsa yang terjejas akibat letupan di Beirut, Lebanon baru-baru ini. 



Menerusi inisiatif itu, RLAF dan SRC berharap dapat menghulurkan bantuan kecemasan dengan segera untuk membina semula kehidupan dan mata pencarian penduduk di sana. 



Sehingga kini, letupan tersebut telah meragut lebih 157 nyawa, dengan puluhan lagi orang hilang dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.



Sehingga suku juta penduduk kini tidak ada tempat kediaman yang layak dihuni dan angka kematian dijangka meningkat akibat letupan itu.



Letupan itu adalah paling dahsyat di Beirut – kota yang masih terjejas oleh perang saudara yang berakhir tiga dekad lalu dan mengalami krisis ekonomi serta lonjakan jangkitan koronavirus Covid-19.



“Letupan ini berlaku pada waktu yang buruk di mana kota ini sedang mengalami masalah ekonomi serta politiknya, ditambah pula dengan penularan virus Covid-19.



“Untuk menambahkan keperitan ini, meskipun dengan saiznya yang kecil, Lebanon masih mengambil lebih dari dua juta pelarian dari Syria dan negara lain.



“Ini memburukkan lagi keadaan sukar yang sedang dihadapi oleh rakyat dan pemimpin Lebanon,” kata RLAF dalam satu kenyataan hari ini (7 Ogos).



Kutipan derma ini akan dilakukan menerusi beberapa wadah mulai hari ini hingga 14 Ogos. 



Mereka yang ingin menderma boleh melakukannya menerusi laman Giving.SG dan Muslim.SG atau membuat pembayaran kepada PayNow RLAF dengan UEN: 200910530Z dan nyatakan Beirut Relief di bawah ruang komen.



Cek juga boleh disampaikan kepada RLAF dan boleh di hantar ke alamat RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740) atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) (No. 273 Braddell Road, Singapore 579702).



Semua kutipan akan disalurkan kepada SRC. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >