Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF puas hati dengan usaha bantu mangsa gempa di Turkey

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH separuh daripada $1 juta yang diserahkan kepada badan bukan pemerintah (NGO) di Turkey, Hayrat Yardim telah digunakan untuk menyediakan keperluan segera mangsa dan menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa, kata Rahmatan Lil Alamin (RLAF).



Antara lain, dana yang disumbangkan itu digunakan untuk menyediakan keperluan mangsa gempa bumi seperti makanan panas, pakej makanan kering, kit kebersihan dan juga pakaian.



Sebahagian daripada dana tersebut juga digunakan untuk menyediakan beberapa bekalan untuk projek mencari dan menyelamatkan.



Bercakap kepada Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF Encik Muhammad Faizal Othman berkata, pasukan RLAF berpuas hati dengan usaha yang dilakukan Haryat Yadim bagi membantu mangsa gempa bumi setakat ini.



Pasukan RLAF berada di Turkey untuk memantau penyaluran bantuan yang disumbangkan kepada RLAF daripada orang di Singapura untuk mangsa gempa.



"Mereka telah membawa kami kepada tempat-tempat yang terjejas akibat gempa ini dan berpeluang untuk berinteraksi bersama mangsa gempa.



"Badan ini adalah badan yang besar dan juga tersusun apabila menjalankan operasi yang berlainan," kata Encik Faizal sambil menambah bawaha ia penting bahawa benefisiari dapat manfaat daripada derma yang diberikan.



Antara projek yang dicadangkan untuk $1 juta yang telah diserahkan termasuk menyampaikan makanan panas kepada 90,000 orang setiap hari di Turkey dan Syria dengan Projek Dapur Mudah Alih dan projek pengagihan Roti Syria kepada lebih daripada 100,000 benefisiari.



Dana tersebut juga digunakan untuk menawarkan sokongan makanan dan pakaian serta sokongan kesihatan dan psikososial.



Pasukan RLAF telah melakukan lawatan ini dari 26 hingga 30 Mac 2023 di kawasan gempa Kharamanmaras, Elbistan, Adiyaman serta daerah Hatay, Reyhanli dan juga Antakya.



Mengulas tentang pengalamannya turun ke padang, Encik Faizal berkata:



"Secara keseluruhan apabila kami di sini, kita lihat mereka yang menerima agihan itu amat bersyukur dan terima kasih kepada rakyat Singapura atas sokongan yang diberikan.



"Kami berharap mereka dapat membangkitkan semula kehidupan mereka dalam masa akan datang."



Secara keseluruhan, RLAF telah mengumpul lebih $2 juta semasa inisiatif pengumpulan dana dari 10 hingga 24 Februari lalu, untuk mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.



Sehingga kini, rancangan perbelanjaan bagi baki dana tersebut masih dibincangkan antara kedua-dua pihak.



"Buat masa kini kita akan terus melanjutkan kerjasama bersama Hayrat Yardim dan memberi tumpuan kepada penyelesaian jangka panjang bagi mereka yang terjejas dengan gempa supaya ia lebih mampan," ujar Encik Faizal.



Naib pengerusi, Hayrat Yardim, Encik Osman Çalim berkata lawatan pasukan RLAF ini telah meninggalkan kesan kekal di hati orang ramai.



"Sokongan kewangan dan moral yang mereka berikan di zon gempa bumi sudah pasti akan meyumbang kepada kebangkitan semula hubungan sejarah dan perkembangan proses seterusnya," kata Encik Osman.



"Ia telah memberikan kami kegembiraan dan harapan dari segi keseriusan mereka menangani isu ini dan dari segi kerjasama jangka panjang kami, jelas Encik Osman sambil mengucapkan sekali lagi kepasa rakyat Singapura yang telah menyumbang kepada usaha yang telah dijalanakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >