YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpulkan $4,241,350 bagi bantuan kemanusiaan bagi masyarakat yang terjejas oleh konflik di Gaza.
Usaha pengumpulan dana itu yang berlangsung dari 22 hingga 30 Mei 2021 merupakan kerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).
Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan secara langsung khidmat kesihatan, bantuan dan sosial kepada masyarakat yang terjejas.
Lebih 139,000 individu akan menerima bekalan makanan kecemasan serta penjagaan kesihatan tambahan, kata RLAF dalam kenyataannya.
Satu majlis penyerahan cek secara maya diadakan petang ini (15 Julai) bagi merasmikan pemindahan dana dari RLAF ke UNRWA.
Majlis tersebut dihadiri Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Esa Masood; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RLAF Po'ad Mattar; serta Ketua Pegawai Eksekutif RLAF Faizal Othman.