Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robinsons kembali beroperasi secara dalam talian

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



GEDUNG beli belah Robinsons akan kembali beroperasi dalam talian selepas semua cawangannya seluruh Singapura tutup Januari lalu.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, gedung beli belah ikonik itu mengumumkan bahawa ia diambil alih pembekal borong Canningvale Australia bulan ini.



Kedai dalam talian Robinsons yang beroperasi secara bebas itu akan menggajikan dua bekas pekerja Robinsons dan akan membuka peluang pekerjaan yang pelbagai bagi warga Singapura, tambahnya.



Laman web tersebut akan mula beroperasi 24 Jun.



Dengan ibu pejabat yang berpangkalan di Singapura, perniagaan itu dipimpin Encik Jordan Prainito, mantan pengarah urusan Canningvale Australia.



Kata Encik Prainito: "Saya cukup teruja untuk melancarkan semula jenama ikonik ini. Jenama ini mempunyai sejarah yang kaya dan sangat sesuai dengan pelanggan Singapura dan Asia Tenggara. Ia hanya perlu disesuaikan dengan keperluan abad ke-21."



Kedai dalam talian itu akan memaparkan lebih 200 jenama dan kerjasama yang akan dikeluarkan secara eksklusif di wadah baru itu.



Menyentuh tentang langkah pendigitalan itu, Encik Prainito berkata: "Kami akan menggunakan apa yang telah dipelajari dari transformasi digital Canningvale, di mana kami lihat penjualan e-dagang meningkat berkali ganda dalam tempoh lima tahun.



"Ini dicapai melalui gabungan langkah mencari kepakaran, menjelaskan kepelbagaian, automasi sistem, kepakaran pemasaran dan tumpuan forensik terhadap pelanggan kami."



Diterajui Philip Orbinson dan James Gaborian Spicer pada 1858, Robinsons mula sebagai "gedung keluarga" yang menjual barangan seperti makanan dan topi wanita.



Meskipun dua kali terjejas oleh letupan bom Jepun semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 dan mengalami kebakaran besar pada 1972, pusat beli belah itu tetap bertahan sebagai destinasi beli belah ikonik di Singapura.



Namun, penjualan yang merosot sepanjang beberapa tahun menyebabkan gedung itu terpaksa dibubar secara sukarela pada 30 Oktober tahun lalu.



Kedai dalam talian, Robinsons Online, boleh dikunjungi melalui www.robinsons.com.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >