Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Robocop' bantu awas keamanan

Alat teknologi tinggi kian digunakan dalam tugasan harian pegawai Home Team, antaranya untuk mempertingkat keberkesanan operasi. Baru-baru ini, dua alat sedemikian telah diperkenalkan kepada awam. BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 26, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi, hanya beberapa sentuhan di sebuah alat mudah alih mungkin mencukupi untuk mengerahkan sepasukan robot polis di serata negara ini.



Arahan itu, yang mungkin ditujukan untuk mengenal pasti sebarang ancaman atau mengarahkan orang ramai bersurai dari sebuah kawasan, boleh dilaksanakan secara teratur oleh robot-robot itu, yang termasuk Robot Autonomous Berbilang Kegunaan bagi Semua Tempat (Matar) dan anjing robotik Rover-X.



Dibangunkan bersama oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), firma teknologi maklumat NCS dan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), robot-robot dari Home Team itu kini boleh dikawal menggunakan platform tunggal atau 'dashboard'.



Ia sedang diuji oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) di Hab Pengangkutan Toa Payoh untuk mengawal beberapa Matar yang dikerahkan ke tempat itu.



Tempoh ujian itu bermula sejak 17 Januari lalu dan dijangka berlangsung sehingga 28 Januari.



Timbalan Superintenden Polis (DSP) Lim Jim Kai, dari Jabatan Operasi dan Perancangan Masa Depan SPF telah memuji potensi menggunakan satu platform untuk mengawal pelbagai robot di satu acara media baru-baru ini.



"Alat 'dashboard' yang sama ini akan membolehkan kami menggunakan dan mengendalikan Matar dengan lebih baik.



"Ia membolehkan seorang pengendali mengawal berbilang robot di barisan hadapan," katanya.



HTX telah terlibat dalam pembangunan banyak bot selama bertahun-tahun, termasuk pepijat cyborg (cyborg bugs), robot autonomi Xavier dan dron.



Buat masa ini, bot-bot itu mempunyai kawalan dan 'interface' berbeza yang memerlukan pengendali dilatih khas untuk menggunakan setiap bot tersebut.



Timbalan pengarah sistem darat di Pusat Kepakaran Robotik, Automasi dan Sistem Tanpa Pemandu HTX, Encik Ong Ka Hing, berkata matlamatnya ialah untuk membangunkan satu platform bagi pelbagai jenis robot yang memerlukan kurang tenaga manusia.



"Ini bermakna apabila Home Team menambah jumlah bot, mereka tidak perlu menambah jumlah tenaga kerja," kata beliau.



Dashboard itu juga berpotensi mengakses kesemua 90,000 kamera polis yang kini dipasang di serata negara.



Namun, buat masa ini, pembangunannya lebih tertumpu pada Matar, Xavier dan Rover-X, tambahnya.



"Kami berasa gembira dengan kemajuan kami setakat ini, terutamanya apabila kami melihat bagaimana kerja kami telah menyumbang kepada memastikan Singapura selamat.



"Kami berharap dapat memanfaatkan lagi potensi teknologi untuk menjadi pengganda kuasa bagi Home Team," ujar Encik Ong.



Dalam pada itu, beberapa keprihatinan telah ditimbulkan berhubung pengawasan dan privasi apabila robot Xavier dilihat membuat rondaan di Hab HDB Toa Payoh semasa tempoh ujian pada September tahun lalu.



Terdapat juga kebimbangan bahawa teknologi sedemikian akan disalahgunakan jika diakses oleh penjahat.



Diminta mengulas mengenai keprihatinan tersebut, Encik Ong berkata terdapat banyak ciri perlindungan yang diterapkan dalam sistem untuk mencegah ia disalahgunai.



"Sistem ini direka dengan mengambil kira keselamatan siber.



"Kami tahu terdapat keprihatinan mengenai cara sistem ini mungkin digunakan jika ia dicerobohi, tetapi kami sentiasa berwaspada untuk memastikan ini tidak akan berlaku.



"Ini dilakukan dengan mengadakan ujian berterusan untuk menguji kewibawaan sistem dan untuk mencari kelemahannya,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >