Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Robot bantu periksa suhu, kesan pengunjung tanpa pelitup

Sep 25, 2020 | 05:30 AM



MENGGANTIKAN manusia, robot kini digunakan untuk mengimbas pendaftaran SafeEntry dan mencatat suhu orang ramai.



Robot keselamatan dan concierge itu juga akan mengesan pengunjung dan pesakit yang tidak mengenakan pelitup atau mematuhi peraturan jarak sosial, dan tidak membenarkan mereka untuk masuk.



Robot tersebut akan dikerahkan di Hospital Besar Ng Teng Fong mulai Oktober. Ia juga akan 'beraksi' di Hospital Alexandra mulai November.



Pada masa yang sama, Hospital Universiti Nasional (NUH) akan mempunyai robot keselamatan bergerak yang boleh mengenal pasti kegiatan mencurigakan seperti ramai orang yang berkumpul serta mereka yang berada di kawasan terbatas, dan memaklumkan pegawai keselamatan dalam bilik kawalan.



Tiga hospital itu merupakan sebahagian kelompok penjagaan kesihatan awam di bawah Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).



Dalam satu kenyataan semalam, NUHS berkata robot, dron dan teknologi tanpa sentuhan akan menjadi norma baru.



Peralihan ke huraian berasaskan teknologi tiba sedang hospital berusaha mengurangkan operasi intensif buruh dan beralih kepada cara lebih cekap, selamat dan produktif untuk mengurus kemudahannya.



Ini bukan sahaja akan menjimatkan masa tetapi mengurangkan kos sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus di setiap hospital, kata NUHS.



"Kami tidak menggunakan teknologi untuk menggantikan rakan kerja kami di Pasukan Pengurusan Kemudahan Kumpulan NUHS," kata Encik Ng Kian Swan, ketua pegawai operasi NUHS.



Sebaliknya, teknologi akan digunakan untuk menyokong mereka dalam pekerjaan mereka dan memberi mereka peluang untuk menimba kemahiran baru, tambahnya.



Dengan bot digunakan bagi pemerhatian dan rondaan di barisan depan, pegawai keselamatan boleh menumpukan perhatian kepada tugas menambah nilai seperti menggunakan analitik video untuk mengkaji semula rakaman yang dihantar robot, bertindak kepada kecemasan dan menyebarkan kesedaran keselamatan.



Bagi dron pula, ia digunakan untuk mengimbas luaran bangunan, untuk mencari bahaya dan kawasan yang memerlukan kerja penyelenggaraan seperti retakan dan kebocoran air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >