Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rogol budak di kubur: Buruh dihukum penjara 15 tahun dan sebat 24 kali

Aug 25, 2015 | 09:17 AM



SEORANG buruh tanah perkuburan yang merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sebat maksimum 24 kali semalam.


Roslan Jaafar, 42 tahun, telah mengaku bersalah April lalu bagi dua tuduhan rogol berkanun dan satu tuduhan serangan seksual ke atas seseorang kanak-kanak.


Semalam, peguamnya, Encik Subir Singh Grewal, yang dilantik di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah, meminta anak guamnya dikenakan hukuman penjara 10 tahun.


Beliau berkata Roslan tidak mencari budak itu, yang keluarganya menyertai Roslan tinggal di tanah perkuburan tersebut, untuk seks dan menyangka budak itu mempunyai pengalaman seks sedangkan tidak.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Quek Jing Feng, bagaimanapun, meminta hukuman berat 10 hingga 15 tahun penjara dikenakan, kerana jurang usia 26 tahun antara Roslan dan budak itu.


Dua tuduhan lain - serangan seksual dan eksploitasi seks ke atas seorang kanak-kanak - diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Roslan mempunyai seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan daripada perkahwinan yang berakhir dengan perceraian pada 2006. Dia terputus hubungan dengan bekas isteri dan anak perempuannya, tetapi menjaga anak lelakinya.


Pada Mei 2012, Roslan mula membawa budak perempuan itu keluar, menaiki motosikalnya ke tempat sunyi berhampiran pada waktu malam.


Dia mengadakan hubungan seks dengannya di sebuah bangku sebanyak dua kali dan mencabulinya secara seksual sebanyak tiga kali.


Roslan memberitahu budak itu supaya jangan memberitahu ibunya.


Walaupun budak itu bersetuju mengadakan hubungan seks dengannya, di bawah undang-undang, hubungan seks dengan budak perempuan bawah 14 tahun, baik dengan atau tanpa izinnya, dianggap rogol.


Pada 1 Jun tahun itu, bapa saudara budak tersebut melawat keluarganya dan menjadi bimbang apabila budak itu keluar bersama Roslan lebih dua jam.


Dia mencari nombor Roslan di telefon budak itu dan ternampak mesej teks daripadanya.


Selepas budak itu pulang, bapa saudaranya bertanya tentang mesej tersebut hingga dia mendedahkan apa yang telah berlaku.


Keluarga budak itu tidak lagi tinggal di tanah perkuburan.


Hukuman penjara maksimum bagi setiap tuduhan rogol dan serangan seksual ialah 20 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >