Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rombakan kabinet berkuat kuasa mulai Sabtu

May 14, 2021 | 07:30 PM



ROMBAKAN kabinet yang memperlihatkan beberapa menteri bertukar kementerian, termasuk tiga yang dilihat berpotensi bakal menjadi Perdana Menteri pada masa depan, berkuat kuasa mulai Sabtu (15 Mei).


Encik Lawrence Wong, 48 tahun, akan menjadi Menteri Kewangan baru, menggantikan Encik Heng Swee Keat. Beliau sebelum ini ialah Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Kewangan.


Encik Chan Chun Sing, 51 tahun, pula menggantikan Encik Wong sebagai Menteri Pendidikan dan melepaskan jawatannya di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).


Encik Ong Ye Kung, 51 tahun, pula menjadi Menteri Kesihatan dan berganding bahu dengan Encik Wong sebagai pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid- 19. Beliau sebelum ini ialah Menteri Pengangkutan.


Perubahan itu menyusuli rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 23 April lalu menyusuli keputusan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengundur diri sebagai pemimpin generasi keempat (4G) baru-baru ini.


Sebelum ini, Encik Heng merupakan Menteri Kewangan.


Encik Wong, Encik Chan dan Encik Ong dilihat oleh pengamat sebagai calon yang berpotensi menggantikan Encik Heng sebagai pemimpin generasi 4G, sekali gus sebagai Perdana Menteri kelak.


Rombakan itu, yang dibuat sekitar sembilan bulan selepas pilihan raya umum tahun lalu, memperlihatkan tujuh kementerian mendapat menteri baru.


Ketika mengumumkan rombakan besar itu, PM Lee berkata perubahan itu akan memberi pemimpin 4G pengalaman dan pendedahan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >