Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rombakan kabinet dijangka awal bulan depan: PM Lee

May 14, 2022 | 05:03 PM



ROMBAKAN kabinet dijangka berlaku awal bulan depan, dengan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong - yang sudah dikenal pasti sebagai pengganti Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong -  dijangka dinaik pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.



Encik Lee berkata perubahan Kabinet sedang diusahakan dan beliau menjangkakan akan mengumumkan perubahan itu selepas beberapa lawatannya ke luar negara.



“Saya sedang mengusahakannya. Saya perlu memberi tumpuan kepada lawatan ini, dan saya mempunyai satu lagi lawatan dalam masa dua minggu, untuk ke sidang Nikkei.



“Tetapi saya sedang mengusahakannya dan berharap akan melakukannya setelah selesai lawatan saya, iaitu awal Jun,” kata Encik Lee pada Jumaat (13 Mei).



Beliau berkata demikian di penghujung lawatannya ke Amerika Syarikat apabila ditanya wartawan Singapura mengenai perubahan Kabinet.



Encik Lee ditemui media selepas Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat di Washington yang berakhir pada Jumaat. Beliau berangkat dari Washington pada Sabtu.



Encik Lee dijadual berucap di Sidang Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia pada 26 dan 27 Mei anjuran kumpulan media perniagaan.



Bulan lalu, Encik Wong diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) pemimpin politik, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >