Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rombakan Kabinet: Pemimpin 4G terajui lebih banyak kementerian

Yaacob bersara dari kabinet, Masagos dilantik Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy dilantik Menteri Negara
Apr 24, 2018 | 04:04 PM



TIGA pemegang jawatan politik dinaikkan pangkat, empat Anggota Parlimen (AP) diberi jawatan politik manakala tiga menteri bersara dalam rombakan kabinet yang dimumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. 





Rombakan tersebut, yang berkuatkuasa 1 Mei, diumumkan dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) petang Selasa (24 April) sekali gus merintis jalan bagi pemimpin Generasi ke-empat (4G) memikul tanggungjawab lebih berat dan bersedia bagi peralihan kepimpinan.



Berikut sekilas perubahan



Persaraan Menteri



- Encik Lim Hng Kiang bersara sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan

- Encik Lim Swee Say bersara sebagai Menteri Tenaga Manusia

- Dr Yaacob Ibrahim bersara sebagai Menteri Penerangan dan Perhubungan 



Pelantikan Menteri



- Encik S Iswaran dilantik Menteri Perhubungan dan Penerangan, akan kekal di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan tapi diberi tugas Menteri bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.

- Encik Chan Chun Sing dilantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, lepaskan jawatan sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri

- Encik Ng Chee Meng dilantik Menteri di Pejabat Perdana Menteri, lepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri kedua Pengangkutan.

- Encik Ong Ye Kung kekal dalam Menteri Pendidikan dan bertanggungjawab bagi keseluruhan kementerian. Lepaskan jawatan sebagai Menteri Kedua Pertahanan

- Cik Josephine Teo dilantik Menteri Tenaga Manusia. Kekal sebagai Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri tapi lepaskan jawatan Menteri Pejabat Perdana Menteri.



Kenaikan Pangkat



- Cik Indranee Rajah dinaikkan pangkat kepada Menteri penuh. Dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri. 

- Encik Baey Yam Keng dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan. Akan diberi jawata baru di Kementerian Pengangkutan dan kekal di Kementerian Budaya, Masyarakat dan Belia.

- Encik Amrin Amin dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan. Kekal di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.



Tanggungjawab Tambahan



- Encik Heng Swee Keat ambil alih membantu Perdana Menteri dalam Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) daripada DPM Teo Chee Hean.

- Encik Chan Chun Sing ambil alih tanggungjawab Divisyen Khidmat Awam daripada DPM Teo. Akan kekal sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA).

- Encik Masagos Zulkifli dilantik Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mengambil alih dari Dr Yaacob Ibrahim.

- Dr Janil Puthucheary ambil alih tanggungawab Keselamatan Siber dari Dr Yaacob Ibrahim.



Pelantikan politik baru



- Encik Edwin Tong dilantik Menteri Negara Kanan (Undang-Undang dan Kesihatan). Bermula 1 Julai 2018.

- Encik Zaqy Mohamad dilantik Menteri Negara (Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia)

- Cik Sun Xueling dilantik Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Negara)

- Dr Tan Wu Meng dilantik Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Luar dan Perdagangan dan Perusahaan)

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >