Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rombakan Kabinet: Ye Kung pengerusi bersama pasukan bertindak Covid-19 bersama Lawrence Wong

Apr 23, 2021 | 04:32 PM



SEBAGAI pemimpin yang bakal menerajui jawatan Menteri Kesihatan mulai 15 Mei ini, Encik Ong Ye Kung akan menjadi pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian yang menangani pandemik Covid-19 bersama Encik Lawrence Wong.



Beliau mengambil-alih tugas Encik Gan Kim Yong yang mengetuai Kementerian Kesihatan selama hampir sedekad dan kini beralih memimpin Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pula. 



Encik Wong yang kini Menteri Pendidikan akan mengambil alih tugas Menteri Kewangan bulan depan.



Semua perubahan ini diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (23 April) sebagai sebahagian proses rombakan Kabinet. Jawatan baru beberapa pemimpin ini akan berkuat kuasa mulai 15 Mei selepas sidang Parlimen selanjutnya diadakan.



Encik Lee berkata, Encik Ong yang kini Menteri Pengangkutan, akan membangun asas yang sudah dibentangkan Encik Gan.



Beliau mengambil kira bagaimana Encik Ong menangani cabaran utama pengangkutan termasuk berusaha membuka semula sempadan Singapura dan melindungi kedudukan negara ini sebagai hab udara dan lautan sejak mengambil-alih jawatan Menteri Pengangkutan tahun lalu.



Di MOH, beliau akan membangun asas kukuh yang Encik Gan bina di dalam jagaan kesihatan.



Kata Encik Lee:



"Isu seperti penuaan, prasarana jagaan kesihatan dan kewangan jagaan kesihatan memerlukan usaha tanpa henti yang menjangkaui ramai menteri kesihatan."



Ditanya tentang jangkaan terhadap dua menteri yang menjadi pengerusi bersama pasukan bertindak menangani Covid-19, Encik Lee berkata:



"Saya menjangkakan semua daripada mereka akan bekerjasama rapat bagi memastikan dasar yang ada diselaras dengan baik dan tiada yang tergenjot."



Menurutnya lagi, begitulah cara Kabinet beroperasi.



"Anda memainkan peranan anda tetapi pada masa yang sama anda saling membantu menggantikan tugas rakan anda. Jadi jika ada masalah yang timbul, kita menangani masalah itu secara menyeluruh - bukan seorang sahaja yang menangani bahagiannya dan membiarkan ada jurang di tengah-tengah atau bertindih dan mencetus konflik antara kementerian berbeza."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >