Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rompakan bersenjata di Selat Singapura naik pada separuh pertama 2021

Sebanyak 20 kes dilaporkan antara Januari dan Jun, sedang kawasan perairan Asia bertambah baik secara keseluruhan
Jul 17, 2021 | 05:30 AM



INSIDEN rompakan bersenjata di Selat Singapura semakin meningkat separuh pertama tahun ini, dengan sebanyak 20 kes yang dilaporkan antara Januari dan Jun.



Jumlah meningkat sebanyak empat kes berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila jumlah insiden tersebut mencecah angka tertinggi dalam tempoh lima tahun.



Peningkatan tersebut berlaku sedang kawasan perairan Asia bertambah baik secara keseluruhan, dengan 37 kes yang dilaporkan tahun ini berbanding 57 kes tahun lalu pada tempoh yang sama.



Ini bermakna jumlah kes rompakan secara keseluruhan tahun ini berkurangan sebanyak 35 peratus.



Demikian menurut statistik pertengahan tahun yang dikeluarkan Pusat Perkongsian Maklumat (IFC) Perjanjian Kerjasama Serantau untuk Membanteras Lanun dan Rompakan Bersenjata terhadap Kapal di Asia (Recaap) semalam.



Menurutnya, jumlah insiden di Selat Singapura sejauh ini membentuk lebih separuh jumlah kes keseluruhan yang dilaporkan di Asia.



Daripada 20 insiden di Selat Singapura, kesemuanya berlaku di perairan Indonesia, dengan sebanyak 19 kes di kawasan laluan ke arah timur Skim Pengasingan Lalulintas.



Kebanyakan insiden tersebut berada di tahap yang rendah, menurut pengarah eksekutif pusat itu, Encik Masafumi Kuroki, namun yang menimbulkan keprihatinan adalah kelompok 16 insiden yang berlaku di Tanjung Pergam di Bintan, Indonesia.



Lima kapal diserang di kawasan tersebut bulan lalu.



Menurut Recaap, yang merangkumi 20 negara anggota termasuk Singapura, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat, kesemua 16 insiden itu melibatkan kapal besar, seperti kapal induk dan tangki pada waktu malam.



Terdapat dua insiden di mana kru kapal diancam dan dua lagi kes di mana kru diserang.



Daripada dua kru yang cedera dalam serangan itu, salah seorang mengalami kecederaan di kepala.



Terdapat tujuh insiden di mana pelaku dilapor bersenjatakan pisau.



Jumlah tersebut meningkat dari empat insiden yang melibatkan penggunaan pisau di kawasan itu bagi tahun 2020.



Sementara itu, dalam 12 insiden yang berlaku, pelaku telah memasuki bilik enjin kapal.



Dalam enam kes pula, alat ganti enjin telah dicuri.



Menurut Recaap, majoriti insiden melibatkan kumpulan tiga hingga empat lelaki, meskipun terdapat satu kejadian pada Januari di mana 10 orang yang bersenjatakan pisau dilihat dalam bilik enjin kapal induk yang dalam perjalanan ke China.



Tiada apa yang dicuri dalam kejadian itu dan kru kapal tidak cedera.



Menurut Encik Kuroki, Recaap telah mengeluarkan amaran kejadian empat kali tahun ini, termasuk dengan menyarankan supaya rondaan pengawasan dan perkongsian maklumat dipertingkat antara negara.



"Mungkin ada sekelompok pelaku di lokasi itu (Bintan) yang mendapati bahawa lebih mudah untuk serang kapal di daerah itu," katanya, dan menambah jika tidak ditangkap mereka akan meneruskan kegiatan itu.



Beliau mengemukakan kemungkinan adanya banyak kumpulan kerana terdapat beberapa insiden yang berlaku di lokasi berlainan di daerah tersebut pada waktu yang hampir sama.



Ditanya bagaimana rompakan bersenjata di Selat Singapura dapat dihentikan, Encik Kuroki berkata penguatkuasaan undang-undang merupakan kuncinya.



Kerjasama antara Singapura, Indonesia dan Malaysia juga penting kerana pelaku sering bergerak dari satu tempat ke tempat lain, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >