Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CHRISTIANO RONALDO DI SINGAPURA

Ronaldo jadi perangsang, inspirasi ramai pelajar

Jul 05, 2019 | 05:30 AM



TATKALA pemain bola sepak terbaik dunia ini menjejakkan kakinya di dewan Sekolah Rendah Yumin, jeritan dan sorakan daripada sekitar 1,000 pelajar menghidupkan suasana, sekali gus mengalu-alukan kedatangan beliau.



Cristiano Ronaldo telah membuat satu lawatan ke sekolah di Tampines itu semalam bagi menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim.



Selama hampir satu jam di sana, pemain bola sepak Portugal berusia 34 tahun itu berinteraksi dengan pelajar daripada Sekolah Rendah Yumin dan Sekolah Rendah Chongzheng, dan memberikan mereka inspirasi.



"Detik yang paling sukar apabila saya harus tinggalkan keluarga saya pada usia 12 tahun untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Saya pergi ke Lisbon untuk mencuba nasib di kelab pertama saya, Sporting.



"Saya datang daripada keluarga yang hidup sederhana tapi keluarga saya selalu berikan peluang untuk mencuba.



"Ibu dan bapa saya pernah berpesan jika saya mahukan peluang itu, saya harus berani mencuba.



"Ia sangat sukar dan ada kalanya saya menangis. Selepas beberapa tahun, semuanya berubah.



"Di usia 16 tahun, saya mendapat kontrak profesional pertama saya," kongsi Ronaldo apabila ditanya mengenai cabaran yang harus dilalui semasa dibesarkan dalam keluarga sederhana.



"Menjadi seorang pemain bola sepak bukan mudah. Bagi saya, apa saja kerja yang anda buat, jika tidak fokus, ia menjadi sukar.



"Apa sahaja yang anda ingin jadi - pemain bola sepak atau doktor - percaya pada impian anda dan fokus kerana semuanya boleh menjadi nyata. Jangan berputus asa dan terus cuba," tambahnya.



Selain menjawab soalan enam pelajar terpilih, pemain kelab Juventus itu turut menunjukkan beberapa trick bola sepaknya dengan mengimbangi bola menggunakan kaki, kepala dan juga bahunya.



Beliau juga mengongsi tentang kehidupan peribadinya dengan menyatakan beliau ingin menambah tiga lagi cahaya mata bagi mencapai sasaran yang beliau tetapkan untuk memiliki tujuh anak.



Seorang pelajar Sekolah Rendah Yumin, Ibrahim Zaki, 12 tahun, begitu kagum oleh nasihat pemenang anugerah Ballon d'Or lima kali itu.



"Pada awalnya, saya tak percaya yang dia akan datang ke sini. Saya fikir dia akan ke sekolah yang hebat dalam bola sepak dan bukan yang biasa-biasa seperti sekolah kami.



'Saya sangat gembira berjumpa dengannya secara peribadi. Ia adalah saat paling istimewa bagi saya. Saya sangat meminatinya. Walaupun berusia 34 tahun, Ronaldo tetap cergas. Saya bermain sebagai penjaga gawang dan satu hari nanti, saya harap dapat selamatkan tendangannya."



Ini bukan lawatan pertama Ronaldo ke sini. Beliau pernah berada di Singapura atas undangan jutawan Singapura, Encik Peter Lim, pada 2013 dan 2017.



Ronaldo dijangka beraksi di Stadium Negara buat julung-julung kalinya apabila Juventus berdepan dengan Tottenham Hotspur di Piala ICC pada 21 Julai ini, sehari selepas bekas kelabnya, Manchester United, menentang Inter Milan.



Bintang handalan itu djangka berada di Singapura hingga hari ini.



"Di usia 16 tahun, saya mendapat kontrak profesional pertama saya... Bagi saya, apa saja kerja yang anda buat, jika tidak fokus, ia menjadi sukar. Apa sahaja yang anda ingin jadi - pemain bola sepak atau doktor - percaya pada impian anda dan fokus kerana semuanya boleh menjadi nyata. Jangan berputus asa dan terus cuba.''
- Cristiano Ronaldo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >