KERUKUNAN kaum, toleransi agama, dan perpaduan sosial - ini adalah mantera yang dipegang Encik Mohamed Irshad Abbas Ali dalam menjalankan kegiatan kemasyarakatan.
Pada 2012, beliau mengasaskan Roses of Peace (ROP) - sebuah badan tidak meraih keuntungan yang bertujuan memperkukuh kesepaduan sosial dalam kalangan rakyat, tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.