Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Roy Ngerng dan peguam M. Ravi bertanding di Ang Mo Kio?

Aug 25, 2015 | 03:58 PM



PENULIS blogger Roy Ngerng dan peguam yang pernah mewakilinya, Encik M. Ravi, dikatakan antara mereka yang dipertimbang untuk bertanding di GRC Ang Mo Kio pada pilihan raya umum akan datang di bawah Parti Pembaharuan (RP).


Sumber biasa dengan RP berkata Encik Ravi, Encik Ngerng dan aktivis Gilbert Goh mungkin menjadi sebahagian daripada pasukan enam anggota parti pembangkang itu yang akan bertanding di Ang Mo Kio.


Mereka bertiga dikatakan menyertai calon lain yang berpotensi pada Ahad lalu untuk mengambil gambar potret mereka bagi kempen pilihan raya, yang dijangka diadakan bulan depan.


Ini walaupun mereka belum disahkan sebagai anggota parti tersebut.


GRC itu diterajui Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang telah berjaya menyaman Encik Ngerng kerana memfitnah beliau, dengan ganti rugi akan dinilai.


Encik Ravi mewakili Encik Ngerng sehingga beliau digantung pada pertengahan Februari daripada mengamalkan undang-undang disebabkan kebimbangan mengenai kesihatan mentalnya.


Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, Encik Ravi dan Encik Ngerng enggan mengulas mengenai rancangan mereka.


Setiausaha agung RP, Encik Kenneth Jeyaretnam, telah berkata parti itu akan bertanding di GRC Ang Mo Kio dan West Coast serta kawasan undi perseorangan Radin Mas.


Satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata bekas anggota RP, Encik Osman Sulaiman, telah menyertai semula parti itu dan boleh menerajui pasukannya di GRC Ang Mo Kio itu.


Beliau mungkin disertai seorang penduduk Ang Mo Kio, Encik Siva Chandran, dan bendahari RP, Encik David Tan, di kawasan itu.


Encik Osman, bertanding di GRC itu di bawah RP pada Pilihan Raya Umum 2011.


Pemilik syarikat ubah elak itu meninggalkan RP tahun lepas bagi menyertai Parti Perpaduan Nasional (NSP) namun keluar awal tahun ini dan kemudian bergiat bersama Parti Demokratik Singapura (SDP) dan Parti Rakyat Singapura (SPP), sebelum kembali ke RP.


Ahad lalu, RP berkata dalam siarannya di laman Facebook: "Siva akan diperkenal pada sidang akhbar kami." Komen itu disertai gambar Encik Ngerng, Encik Ravi, Encik Goh, Encik Siva dan Encik Osman memakai baju kuning parti itu. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >