Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RP lancar program SkillsFuture baru

Jan 09, 2019 | 02:43 PM



SEBUAH Program Bekerja dan Belajar (ELP) SkillsFuture baru yang akan melengkapi peserta dengan kemahiran pertanian moden bagi memacu pertumbuhan sektor pertanian di sini dilancarkan di Politeknik Republic (RP) hari ini.



Menerusi program itu, peserta akan belajar tentang teknologi pertanian bagi penghasilan makanan, proses dan pengurusan perkebunan, teknologi dan sistem perkebunan moden, perniagaan pertanian dan perkebunan mapan.



Bakal dimulakan pada Jun ini, ia merupakan diploma dalam teknologi pertanian penuh yang pertama di Singapura.



Mereka yang selesai mengikuti program pengajian sambilan selama dua setengah tahun itu akan meraih Diploma dalam Sains Kegunaan (Teknologi Pertanian Moden).



ELP itu dibangunkan RP dengan konsultasi bersama Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) dan rakan industri.



Tetamu terhormat di majlis pelancaran, Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Koh Poh Koon, dalam ucapannya berkata Singapura berada dalam kedudukan baik untuk menjadi hab Asia utama bagi teknologi pertanian dan akuakultur moden.



Beliau menambah bahawa negara ini mempunyai keupayaan dalam kimia istimewa, biologik, pengurusan tenaga dan buangan, dan automasi serta robotik.



"Kita boleh menjadi rumah kepada kebun moden berteknologi tinggi yang bukan hanya menghasilkan makanan segar, berkhasiat, malah juga membangunkan teknologi dan sistem yang boleh membantu mengubah perkebunan di rantau kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >