RRG bertekad cegah penularan militan sejagat
KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) bukan sahaja terlibat dalam usaha pemantauan teliti perdebatan agama oleh pengganas dengan menolak idea-idea itu serta-merta.
Malah, RRG berperanan dalam memberi kaunseling keagamaan kepada tahanan radikal dan membantu mencegah penularan fahaman ganas.
Sejak ia ditubuhkan lebih sedekad lalu, peranannya begitu besar dalam usaha menghalang pengganas daripada menimpakan kerosakan yang dahsyat ke atas masyarakat.
Kini, dengan profil RRG kian meningkat, ia berusaha mencegah penularan fahaman ganas yang amat luas - seluas alam maya yang menjadi antara sumber utama fahaman ganas itu.
Pengganasan termasuk menerusi penglibatan atau cadangan menyokong atau menentang mana-mana pihak tiada kewajaran dan tidak dapat diterima.
RRG turut menarik perhatian beberapa usaha dan wadah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan nasihat berhubung pengganasan dan fahaman radikal.
RRG menawarkan khidmat memperjelas konsep agama dan saluran aduan bagi membantu individu yang dipengaruhi fahaman radikal.
TALIAN RRG
Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG): 1800-774-7747
Khidmat:
- Perjelas konsep agama
- Buat aduan individu yang dipengaruhi fahaman radikal