Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RRG ditubuh atas kesedaran pentingnya Muslim faham konteks agama SG

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) ditubuhkan dengan persetujuan ulama kerana menyedari betapa pentingnya kaum Muslim di Singapura memahami agama dengan konteks Singapura.



Mereka tidak sepatutnya memahami perspektif agama sebagaimana pemahaman kaum Muslim di Timur Tengah.



Anggota RRG, Ustaz Mohamad H Rais, berkata oleh itu ulama bersependapat perlunya dibentuk sebuah pertubuhan yang dapat mengendalikan fahaman tegar dalam kalangan anggota Jemaah Islamiyah (JI).



Asatizah juga berfungsi menjalankan kaunseling kepada tahanan JI supaya mereka kembali ke pangkuan masyarakat sebagai warga Singapuran yang setia kepada tanah airnya.



"Jadi kesedaran demikian tidak ada kena mengena dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD),'' tegas Ustaz Mohamad Rais, yang menyanggah dakwaan akaun Facebook 'Fikrah Siyasah' terhadap barisan ulama di Singapura telah ditubuhkan oleh asatizah atas "arahan dan galakkan" daripada ISD.



"Tujuan utama adalah sepatutnya ada kerjasama yang kuat antara pemerintah dengan kaum Muslim.



"Apa yang saya nampak adalah pihak ISD hanya meminta bantuan daripada asatizah melalui RRG untuk menemui tahanan-tahanan JI yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran dan 'counter' penyelewengan fahaman mereka tentang agama Islam.



"Tuduhan ISD terlibat dalam penubuhan RRG berkemungkinan besar adalah timbul daripada mereka yang ditahan di mana selalunya pihak ISD yang mengatur pertemuan kaunseling.



"Oleh itu tidaklah hairan jika mereka membuat tuduhan yang tidak berasas itu,'' jelas Ustaz Mohamad Rais.



Beliau selanjutnya memberikan nasihat terhadap usaha memburukkan ulama setempat.



"Saya ingin menasihati mereka. Ulama yang mereka tuduh itu telah banyak menabur jasa bakti kepada mereka melalui ibu dan bapa mereka dengan menyebarkan ilmu agama dan didikan keagamaan yang baik.



"Ibu bapa yang belajar dan meraih ilmu agama daripada ulama telah menyebarkannya kepada anak-anak mereka untuk menjadi orang Islam yang lebih bijak daripada ibu bapa mereka.



"Pada saya, lebih baik mereka fikirkan maslahat masyarakat dan tanah air daripada menyalahkan orang lain atas kejadian yang lampau dan kesalahan mereka sendiri sehingga mereka terjebak ke sarang kemusnahan disebabkan salah kefahaman atau kurang kefahaman keIslaman mereka,'' ujar Ustaz Mohamad Rais tanpa menamakan sebarang individu.



Difahamkan individu tersebut adalah Zulfikar Mohamad Shariff, yang sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibimbing serta diberikan khidmat kaunseling semasa ditahan oleh ISD.



Ustaz Mohamad Rais berkata terdapat usaha pihak luar untuk memusnahkan institusi agama di Singapura.



"Mereka tidak berhenti merosakkan agama ini dan berusaha melemahkan kita. Tidak kira ia berlaku di negara kita atau di luar negara.



"Jadi bagi saya kaum Muslimin perlu menguatkan diri dengan senjata pengetahuan Islam yang sempurna supaya dapat mempertahankan agama ini dan membalas serangan-serangan kotor mereka," ujarnya.



Ustaz Mohamad Rais mula menjadi anggota RRG sejak penubuhannya secara rasmi dalam 2003 sebagai Panel Sumber Maklumat.



Antara lain tugas beliau membantu menyemak buku panduan untuk kaunselor yang ditugaskan oleh RRG untuk menasihati dan berhujah dengan tahanan anggota JI.



Sama seperti asatizah yang lain, Ustaz Mohamad Rais menganggotai RRG secara sukarela hingga ke hari ini.



Menurut Ustaz Mohamad Rais, adalah lebih baik untuk melihat sejarah penubuhan RRG itu sendiri.



"Semua asatizah yang melibatkan diri dalam RRG sebagai kaunselor hanya cuba menolong tahanan-tahanan JI supaya mereka kembali kepangkuan masyarakat.



"Mereka melakukan semua ini secara sukarela tanpa menerima bayaran daripada pemerintah.



"Apabila pergerakan JI dapat dikesan dan beberapa anggota mereka telah ditahan, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ketika itu, Dr Yaacob Ibrahim, telah mengadakan pertemuan dengan asatizah untuk memberi maklum balas dan penerangan tentang penangkapan anggota-anggota JI serta kedudukan keselaman Singapura.



"Dr Yaacob meminta asatizah sebagai pakar agama untuk berdepan dengan mereka yang ditahan bagi membetulkan fahaman mereka tentang agama Islam yang sebenarnya.



"Ini khasnya di negara yang mempunyai kebanyakan penduduknya bukan orang Islam.



"Bertolak daripada pertemuan ini, asatizah bersetuju membantu dan mencadangkan supaya satu badan perlu dibentuk untuk menangani isu ini.



"Daripada perbincangan dan saranan daripada asatizah, RRG ditubuhkan dengan terajunya dipegang oleh Ustaz Ali Haji Mohamed dan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan sebagai pengerusi bersama mewakili Masjid Khadijah dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)," jelas beliau.



Antara yang terlibat sama dalam penubuhan RRG ialah Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad serta Allahyarham Ustaz Syed Ahmad Muhammad Semait.



Ustaz Mohamad Rais tidak terlibat sepenuhnya dalam penubuhan RRG.



Hanya dalam 2002, sebelum penubuhan rasminya, Ustaz Ali dan Ustaz Dr Mohamed Ali (kini Naib Pengerusi RRG) menemui beliau di pejabat Mahkamah Syariah.



Ketika itu Ustaz Mohamad Rais merupakan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.



"Mereka meminta saya menjadi anggota RRG yang akan dibentuk. Mereka menyakinkan saya bahawa anggota-anggota JI perlu diberi nasihat dan pengajaran agama yang benar supaya mereka tidak tersesat dan memahami kepentingan keselamatan di Singapura untuk semua kaum.



"Pada mulanya saya agak keberatan menjadi anggota kerana waktu itu saya memegang jawatan Presiden Mahkamah Syariah (pegawai pemerintah) dan saya tidak mempunyai waktu untuk bergiat dalam mana-mana persatuan.



"Tetapi apbila mereka menegaskan bahawa saya hanya diminta menjadi Resource Panel bagi pertubuhan ini, maka saya menyetujuinya," kata Ustaz Mohamad Rais.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >