Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RRG perkemas strategi dekati warga muda, luaskan pendidikan awam

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) mahu memperkukuh usaha mendekati lebih ramai warga muda demi meningkatkan kesedaran tentang ancaman radikal sendiri dalam kalangan golongan tersebut.



Antara tunggak usaha RRG, yang telah bergiat sejak 2003, ialah meluaskan pusat sumber dan kaunselingnya demi menarik lebih rami pengunjung khususnya warga muda dan mempergiat usaha kesedaran awam tentang bahaya pengaruh ekstrem.



RRG merupakan gabungan asatizah setempat yang berganding bahu secara sukarela, memberikan kaunseling kepada individu radikal sendiri serta mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkait pengganasan.



Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, berkata pihaknya berharap RRG dapat mengembangkan jangkauan kepada masyarakat berbilang agama menerusi kaedah digital.



Pusat Sumber dan Kaunseling (RRC) RRG yang ditubuhkan ada 2014 bakal dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan digital yang canggih demi memberikan pengalaman pameran yang lebih imersif.



"Dengan menggunakan alat-alat digital ini, saya pasti kita boleh mengembangkan dakwah RRG kepada mereka yang belum kenal RRG," kata Ustaz Hasbi dalam satu wawancara eksklusif menjelang sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan RRG.



Seorang lagi Pengerusi Bersama RRG, Ustaz Dr Mohamed Ali, pula berkata ekoran jumlah pengunjung semakin ramai dan ruang terhad pada pusat sumber sedia ada, ia menyekat usaha RRG mendekati lebih ramai warga.



Justeru, sempena ulang tahun ke-20 RRG, kumpulan itu telah telah bekerjasama dengan Masjid Khadijah dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk meluaskan RCC.



Di bawah projek perluasan yang sedang dijalankan, pusat sumber sedia ada di tingkat dua bangunan auditorium Masjid Khadijah akan menjalani kerja naik taraf.



Dalam pada itu, sebuah lagi ruang pameran dan galeri akan dibuka di tingkat empat di bangunan tambahan Masjid Khadijah.



"Ini bermakna RRG bakal mempunyai dua galeri. Satu galeri di tingkat dua dan satu lagi galeri di tingkat empat di bahagian bangunan tambahan Masjid Khadijah," tambah beliau.



Kerja perluasan itu juga diharap dapat menyasar anak-anak muda yang kini mungkin terpengaruh dengan ajaran radikal di alam maya.



Menerusi galeri tersebut, RRG berharap anak muda boleh mempelajari konsep agama yang sebenar dan mencegah diri dari ajaran pengganas atau pensyarah tegar yang tidak sesuai dengan kehidupan majmuk di Singapura.



Kerja-kerja perluasan dijangka siap akhir April, kata Ustaz Dr Mohamed.



Sejak penubuhan RCC, ia telah menerima lebih 20,000 pengunjung yang telah meraih manfaat daripada galeri RRG.



Ini termasuk kunjungan para diplomat, cendekiawan, para ulama dan asatizah, ahli akademik, para pelajar tempatan daripada sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi, pelajar-pelajar madrasah, dan juga pelajar antarabangsa dan pelancong.



Mengulas tentang usaha RRG sehingga kini, Ustaz Hasbi berkata beliau amat bersyukur kerana usaha konsisten, sabar dan rahmah yang diamalkan oleh asatizah RRG memberi khidmat yang telah memberikan hasil positif kepada masyarakat.



Beliau juga bersyukur terdapat beberapa individu radikal serta tahanan ISA yang menjalani kaunseling telah menunjukkan perkembangan yang positif.



"Alhamdulillah, mereka yang pada awalnya mempunyai ideologi yang menjurus kepada pengganasan, kini telah berubah menjadi orang yang baik. Mereka sebenarnya ingin mengenali Islam tapi tersalah ikut.



"Setelah kami menjelaskan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenarnya, mereka kini faham dan dapat bertukar menjadi orang yang baik," tambah Ustaz Hasbi. - Laporan tambahan ERVINA MOHD JAMIL



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >