Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

RRG pikul peranan lebih penting: SM Teo

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

RRG pikul peranan lebih penting: SM Teo

Seluruh masyarakat diperlu untuk sentiasa waspada dalam banteras ekstremisme
Apr 12, 2022 | 05:30 AM

KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) kini mempunyai tugas yang semakin penting sedang Singapura terus berdepan dengan ancaman daripada kumpulan pengganas di rantau ini, seperti Jemaah Islamiyah (JI) yang sedang membina semula keupayaan mereka, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Mengucapkan terima kasih kepada RRG atas dedikasi mereka dalam ucapannya di acara iftar menyusuli seminar suku tahunan RRG di Masjid Khadijah semalam, Encik Teo berkata RRG telah mencapai kemajuan besar dalam usaha kaunseling agama serta usaha mendekati masyarakat sepanjang dua dekad lalu.

Kumpulan itu akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada April tahun depan.

Memperingati kejadian penangkapan JI di Singapura dua dekad lalu, Encik Teo berkata peristiwa itu telah menunjukkan bahawa Singapura tidak boleh bergantung hanya kepada agensi-agensi keselamatan untuk menentang keganasan dan ekstremisme.

Sebaliknya, seluruh masyarakat diperlukan untuk sentiasa berwaspada dan bekerjasama dalam usaha itu.

"Saya berbesar hati dengan usaha masyarakat dan badan-badan seperti RRG, MUIS, Pergas dan ACG yang telah tampil untuk membantu menangani ancaman ekstremisme. RRG telah bekerjasama dengan pemerintah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan mengintegrasi semula para tahanan JI,'' kata beliau, yang berucap dalam bahasa Melayu.

"RRG telah bekerjasama dengan pemerintah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan mengintegrasi semula para tahanan JI, termasuk memberi kaunseling agama kepada para tahanan tersebut bagi memperbetulkan fahaman radikal mereka," tambahnya.

Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, berkata Singapura terus menentang ekstremisme ganas dan keganasan dalam apa jua bentuk, sama ada kumpulan ISIS mahupun kumpulan ketuanan kulit putih.

Beliau menambah bahawa penggunaan media sosial yang meningkat di kalangan kumpulan sedemikian telah menyumbang kepada peningkatan kes radikalisasi secara sendiri di dunia.

Bahkan, negara ini juga tidak terlepas daripada ancaman tersebut, dengan masih lagi ada individu yang menjadi radikal secara sendiri, termasuk wanita dan belia, akibat terpengaruh ideologi ekstremis ganas dalam talian.

Oleh itu, Encik Teo turut merakamkan penghargaan kepada RRG atas usaha mereka untuk terus mendekati masyarakat termasuk golongan belia serta pekerja migran, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.

Seminar suku tahunan RRG semalam diikuti dengan acara pelancaran projek pengumpulan dana bagi projek pembangunan semula Masjid Khadijah dan RRG.

Tetamu khas lain yang turut hadir termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3