KUMPULAN Pemulihan Keagamaan (RRG) telah bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi menganjurkan sebuah webinar bagi mendekati pekerja migran dan menekankan pentingnya mengekalkan keamanan dan perpaduan sosial di Singapura semalam.
Webinar itu juga menyediakan ruang bagi masyarakat pekerja asing untuk mengemukakan masalah dan kebimbangan mereka.
Dalam kenyataan RRG semalam, RRG berbesar hati bekerjasama dengan Pusat Kejiranan Bedok South yang memperkenalkan inisiatif itu bersama Pengarah Eksekutif Centinel, Dr Jolene Jerard.
Para peserta diberi taklimat tentang jenayah umum yang mereka sering terdedah seperti penipuan, pinjaman wang tanpa lesen dan kecurian.
"Pada masa yang sama, sesi RRG, yang dikongsi oleh Ustaz Dr Mohamed Feisal Hassan menekankan tentang kepentingan mengekalkan keamanan dan mengukuhkan perpaduan sosial di Singapura.
"Perkara ini membuatkan lebih penting untuk menghubungi rakan pendatang kita, agar dapat mendengar maklum balas dan keprihatinan mereka,'' kata kenyataan RRG.
Pekerja migran juga sememangnya terdedah kepada jenayah terutamanya penipuan dan maklumat palsu.
Mereka juga prihatin dengan sebarang perkara yang berlaku di kampung halaman mereka.
Usaha mendekati masyarakat akan dijalankan dari masa ke masa dan terus menjadi landasan penting untuk pekerja migran, tambah RRG.