Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR RRG KE-16

'RRG suara penting bagi toleransi agama, banteras pengganasan'

Berikut sedutan ucapan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam di Seminar RRG
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



RAMAI di antara anda termasuk kedua-dua pengerusi bersama, Ustaz Ali dan Ustaz Hasbi, telah bersama-sama dengan RRG sejak permulaannya 17 tahun lalu.



Dan dalam 17 tahun itu, RRG telah menjadi suara yang kukuh, berpengaruh dan amat penting, bagi kedua-dua toleransi agama serta fahaman agama yang utuh dan menentang keras keganasan dan pengganasan.



Sejak rahat RRG pada Mac 2019, bentuk dan jenis ancaman pengganasan telah berubah.



ISIS telah kehilangan kebanyakan kawasan fizikalnya, malah hampir kesemua kawasan fizikalnya di Syria dan Iraq dan beberapa pemimpin utamanya termasuk Abu Bakr Al-Baghdadi, telah dibunuh.



Namun ancaman ISIS tetap ada.



Ia kini merupakan rangkaian tersembunyi dengan lebih 10,000 pejuang. Ia masih mempunyai lebih 10,000 pejuang di Syria dan Iraq dan mereka teruskan serangan.



ISIS sedang mengambil kesempatan daripada pergolakan geopolitik dan pemerintahan lemah di banyak zon konflik.



Apa yang malang tentang semua ini, ialah orang yang teruk menderita, kebanyakannya yang dibunuh ISIS adalah warga Muslim - lebih 90 peratus kanak-kanak, wanita.



Propaganda di media sosialnya terus menggalak radikalisme dan memberi inspirasi kepada serangan di merata dunia termasuk di Asia Tenggara.



Terdapat usaha berterusan membanteras pengganasan di rantau ini dan ia telah mengurangkan sedikit bilangan serangan.



Tetapi pengganas di rantau ini sedang menyesuaikan diri.



Mereka kini menggunakan teknologi kurang canggih, menyesuaikan diri, mengubah cara, misalnya dengan menggunakan pisau.



Mereka menggunakan bahan letupan yang kurang dikenali. Mereka juga memanfaatkan sumber pendanaan alternatif bagi operasi.



Dan kita sudah melihat siri serangan di Perancis dan Austria, dan ini menunjukkan bahawa ancaman pengganasan masih belum berakhir.



Kepala seorang guru Perancis Samuel Paty telah dipenggal oleh belia berusia 18 tahun asal Chechen.



Beliau telah menunjukkan pelajar di dalam kelasnya, apabila mereka membincangkan tentang kebebasan bersuara, kartun yang telah dikeluarkan majalah sindiran Charlie Hebdo.



Presiden Perancis (Emmanuel) Macron telah mengeluarkan kenyataan memberi penghormatan kepada Paty dan mempertahankan hak di Perancis untuk menerbitkan kartun sedemikian..



Beliau menyampaikan ucapan tegas merangkumi pelbagai aspek.



Ucapan itu kemudiannya mendapat tindak balas tegas daripada Muslim di merata dunia dengan ada yang menyifatkan Perancis sebagai Islamofobia.



Jihadi turut mengambil kesempatan. Mereka telah menggesa pengikut mereka untuk menyerang kepentingan Perancis dan menyerang sesiapa sahaja yang menghina Islam.



Ekoran demikian, terdapat serangan susulan di Nice, Lyon dan Vienna, Austria.



Ia menunjukkan apabila jihadi membuat gesaan sedemikian, ada yang akan menurutinya dan membunuh orang lain dan mengakibatkan lebih banyak pengganasan.



Kita semua telah menyatakan, kita semua tahu bahawa jihadi tidak mewakili Islam. Anda mempunyai orang sedemikian dalam setiap agama. Persoalannya ialah bagaimana untuk menangani mereka.



Apa yang telah terjadi di Perancis telah mencetuskan semula perbahasan tentang apakah maksud kebebasan bersuara, berapa banyak yang boleh anda katakan dan apakah sempadan antara kebebasan bersuara dengan kewajipan anda untuk tidak menyinggung agama orang lain.



Ada kalanya terdapat perbahasan di Singapura - mengapa pemerintah tidak membenarkan kebebasan bersuara, mengapa pemerintah terlalu bersikap pelindung, terlalu defensif apabila ia mengenai bangsa dan agama.



Ini kerana jika kita mengambil pendekatan hands off atau tidak campur tangan, warga akan menyatakan jika pemerintah tidak melakukan sesuatu, saya akan melakukan sesuatu dan orang akan berasa tersinggung antara satu sama lain.



Keharmonian negara akan terjejas, begitu juga dengan kebanyakan orang.



Ada pula golongan yang akan menyatakan, mereka menerima kebebasan bersuara dan tidak akan tersinggung.



Anda boleh katakan apa yang anda suka tentang Nabi, Pope atau Tuhan, tetapi ramai yang lain akan rasa tersinggung.



Justeru, kita mengambil pendekatan berbeza.



Kami mengambil pendekatan sekular, justeru apabila pemerintah melihat dasar, kita sekular.



Kita tidak memihak terhadap sesuatu agama dan kita menjamin kebebasan beragama.



Kita sekular, Perancis sekular; kita menjamin kebebasan beragama, Perancis menjamin kebebasan beragama.



Tetapi bagaimana kita mencapainya adalah berbeza.



Perancis menyatakan mereka ingin mencapainya dengan mengambil pendekatan tidak campur tangan; kita campur tangan.



Ini kerana kita berpendapat bahawa hak bebas bersuara perlu diiringi dengan kewajipan bertindak secara bertanggungjawab.



Kedua-duanya perlu mengiringi satu sama lain.



Dan sebagai sebuah pemerintah sekular, kita neutral dalam tindakan yang kita ambil terhadap semua agama.



Kita juga tidak membenarkan sebarang agama diserang atau dihina orang lain, sama ada majoriti atau minoriti.



Kita menjamin kebebasan beragama, hak setiap orang untuk mengamalkan fahaman agama mereka dan melindungi semua orang - majoriti atau minoriti - daripada sebarang ancaman, ucapan benci atau keganasan.



Inilah jaminan seseorang terima di Singapura. Ia juga sesuatu yang perlu kita lakukan untuk memastikan kita memelihara keharmonian bangsa dan agama di Singapura.



Justeru kartun jenis Charlie Hebdo tidak dibenarkan di Singapura sama ada ia mengenai Katolik atau Protestan atau Islam atau Hindu.



Kebebasan bersuara berhenti di sempadan apabila ia menyinggung agama. Terdapat pagar, dan pagar itu melindungi sensitiviti agama.



Kartun Charlie Hebdo, jika ia ada di sini, ia telah diberitahu untuk berhenti. Jika mereka tidak berhenti, ISD akan melawat mereka dan mereka akan ditangkap.



Kami percaya, kita boleh membangunkan masyarakat berbilang agama, berbilang bangsa berdasarkan kepercayaan dan hanya mengambil tindakan tegas terhadap ucapan benci, dan menangani semua masyarakat secara adil dan saksama.




Ini kerana kita berpendapat bahawa hak bebas bersuara perlu diiringi dengan kewajipan bertindak secara bertanggungjawab. Kedua-duanya perlu mengiringi satu sama lain... Kita juga tidak membenarkan sebarang agama diserang atau dihina orang lain, sama ada majoriti atau minoriti. Kita menjamin kebebasan beragama, hak setiap orang untuk mengamalkan fahaman agama mereka dan melindungi semua orang - majoriti atau minoriti - daripada sebarang ancaman, ucapan benci atau keganasan.
- Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >