Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

RSAF hantar bantuan kemanusiaan $270,000 kepada pelarian Rohingya

Oct 10, 2017 | 02:27 PM

DARI BANGLADESH: Pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tiba di Bangladesh hari ini untuk menghantar bantuan bernilai $270,000 kepada pelarian Rohingya. 

Hantaran pakej bantuan pertama yang mengandungi khemah, selimut, makanan, bekalan perubatan dan lampu dihantar oleh pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) KC-135R ke lapangan terbang Chittagong di Bangladesh. 

Bekalan bantuan kemanusiaan itu telah didermakan oleh pemerintah Singapura dan badan bantuan bukan pemerintah Mercy Relief. 

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman yang turut serta ke Bangladesh dengan pakej bantuan tersebut akan menyaksikan penyerahan bantuan kepada komander divisyen Md Abdul Mannan oleh Leftenan Kolonel Lim Lit Lam dari Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Changi. 

Pakej bantuan kedua akan dihantar ke Bangladesh oleh RSAF pada esok. 

Sekitar 500,000 penduduk Rohingya dianggarkan telah melarikan diri dari Rakhine, Myanmar untuk ke Bangladesh sejak Ogos. 

Bulan lalu, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan SAF berkata mereka akan menderma sekitar $300,000 dalam bantuan kemanusiaan ke Bangladesh dan Myanmar bagi pihak pemerintah Singapura, buat masyarakat yang terjejas dalam krisis kemanusiaan yang sedang berlangsung di Rakhine.
 
Singapura juga berkata ia bimbang tentang keadaan kemanusiaan di sana, dan bersedia untuk menyokong usaha Asean untuk menyediakan bantuan kemanusiaan.

Selasa lalu, Mindef berkata bahawa sejak menyampaikan tawaran bantuan kemanusiaan pemerintah Singapura kepada pemerintah Bangladesh dan Myanmar pada 29 September, SAF telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Mercy Relief dan pemerintah Bangladesh untuk menyelaraskan penyerahan bekalan bantuan untuk memenuhi keperluan mereka yang terjejas. 

Pesawat pengangkutan tersebut dijangka tiba di Chittagong pada 12 malam dan akan ke sana sekali lagi pada hari Rabu. 
 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian