Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara, rai 40 tahun hubungan pertahanan

Oct 12, 2021 | 09:11 PM



ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) meraikan hubungan pertahanan selama 40 tahun pada Selasa (12 Oktober) dengan berikrar meneruskan komitmen mereka memperkukuh kerjasama dan mendalami jalinan yang telah dibina.



Pegawai tertinggi daripada kedua-dua pihak telah menandatangani Pengisytiharan Bersama Mengenai Persahabatan dan Kerjasama Akrab, yang mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan menerusi inisiatif seperti latihan bersama, pertukaran kepimpinan dan profesional serta penglibatan sefahaman dalam kursus latihan profesional.



Ulang tahun ke-40 ini diadakan menerusi sidang video yang dirasmikan bersama Ketua Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong dan Kepala Staf TNI Angkatan Udara ke-23, Ketua Marsyal Udara Fadjar Prasetyo, jelas Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya pada Selasa (12 Oktober).



Upacara itu memaparkan acara penerbangan bentukan bersama melibatkan tujuh pesawat F-16 daripada kedua-dua pasukan tentera udara yang berlangsung di kawasan Marina South di Singapura dan Jambatan Barelang di Batam, Indonesia.



Ia diadakan sempena latihan dua hala, Latihan Elang Indopura, yang berlangsung setiap dua tahun sekali.



Dalam edisi ke-21 tahun ini, latihan kali ini diadakan dalam dua bahagian: sidang perancangan latihan yang dibuat secara maya pada 23 Ogos dan latihan pengemudian udara antara 11 Oktober dengan 14 Oktober.



Lebih 130 pegawai dari kedua-dua pasukan tentera udara dan 12 pesawat pejuang F-16 terlibat dalam latihan ini.



Mejar Jenaral Khong berkata latihan ini sudah lama dikendalikan sejak ia bermula pada 1980 dan ia terus menyediakan peluang yang tidak ternilai bagi anggota tentera udara  kedua-dua negara berinteraksi dan belajar daripada satu sama lain.



Beliau menambah: "Saya khususnya gembira bertemu Pak Fadjar hari ini di udara awal sebelum ini dan terlibat dalam acara terbang lintas hormat bersama. Ia adalah sangat berbeza daripada mesyuarat maya yang kita kian terbiasa lakukan sejak akhir-akhir ini dan ia adalah pengalaman yang sangat dikenang buat saya."



Ketua Marsyal Udara Fadjar pula menambah: "Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19, pasukan tentera udara kami terus mencari kaedah dan pendekatan baru bagi mengekalkan hubungan utuh antara kedua-dua pasukan tentera udara.



"Lantaran itu, menjadi komitmen mutlak bagi Tentera Udara Indonesia meletakkan Angkatan Udara Republik Singapura sebagai rakan strategik di rantau ini, bagi terus mengekalkan kestabilan dan kemakmuran bagi banyak tahun mendatang."



Selain Latihan Elang Indopura, kedua-dua pasukan tentera udara secara tetap terlibat dalam pelbagai latihan dan kegiatan meluas seperti kunjungan, pertukaran profesional dan kehadiran kursus secara silang negara, tambah Mindef.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >