Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF tiba di kawasan perumahan

Mar 10, 2018 | 05:25 PM



PARA pengunjung berpeluang untuk mengenakan seragam juruterbang dan mencuba ‘simulator’ penerbangan di kawasan perumahan, bermula dengan Toa Payoh minggu ini, sempena sambutan jubli emas Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF). 



Seramai 50,000 orang dijangka mengunjungi Hab HDB di Toa Payoh hari ini dan esok bagi aktiviti RSAF50@Heartlands. 



Aktiviti-aktiviti tersebut akan berpindah ke Sembawang, Punggol, Bedok dan Jurong East selepas itu. 

Semasa acara itu, pengunjung berpeluang berinteraksi dengan anggota RSAF wanita dan lelaki, dan mempelajari dengan lebih mendalam keupayaan angkatan udara tersebut melalui pameran kapal terbang statik dan sistem senjata.



Mereka juga boleh menyumbang kepada mural RSAF50 dengan memetik gambar di gerai yang berlatarbelakangkan animasi yang berbeza. 



Pengunjung juga boleh bergambar sambil mengenakan seragam RSAF. 



Pameran RSAF50 itu akan diadakan di Sembawang dari 31 Mac hingga 1 April, di Punggil pada 14 hingga 15 April, di Bedok dari 12 hingga 13 Mei, dan di Jurong East dari 26 Mei hingga 27 Mei. 



Setiap pameran akan berlangsung selama dua hari dari 10 pagi hingga 9 malam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >