Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSN akan peroleh dua kapal selam baru

May 16, 2017 | 01:02 PM



SINGAPURA akan memperoleh dua kapal selam baru yang dijangka dihantar bermula 2024.



Mengumumkan demikian hari ini, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata langkah itu diambil bagi menggantikan kapal selam lama.



Singapura juga perlu membuat pembelian itu untuk maju seiring dengan pertumbuhan angkatan tentera laut di Asia dan menjadi sebuah kuasa pertahanan yang berkesan, sedang ia terus bekerjasama dengan tentera laut lain dalam menangani cabaran keselamatan bersama, kata Dr Ng.



Beliau berkata demikian di majlis pembukaan Pameran dan Persidangan Pertahanan Maritim Antarabangsa (Imdex) Asia yang ke-11 .



Bersama dua lagi kapal selam yang sama modelnya - Type-218SG - yang ditempah sebelum ini dan dijangka dihantar pada 2021 dan 2022, dua pembelian terbaru itu akan memastikan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) terus moden dan maju seiring dengan pertumbuhan tentera laut di Asia, kata Dr Ng lagi.



"Dalam keadaan mantap, empat Type-218SG yang berkhidmat itu akan melengkapi satu sama lain dalam penyenggaraan, logistik dan operasi, serta mempunyai keupayaan lebih baik untuk melindungi laluan komunikasi laut kita," kata Dr Ng.



Beliau berkata lebih 50 peratus daripada trafik kontena global sekarang bergerak melalui Asia Pasifik. Singapura sendiri telah menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus sepanjang dekad lalu, daripada 480 juta tan pada 2006 kepada hampir 600 juta tan tahun lepas.



Demi melindungi kepentingan mereka, negara Asean, Australia, China, dan India telah meningkat kekuatan tentera laut mereka. Bajet tentera laut di Asia-Pasifik juga dijangka meningkat sebanyak 60 peratus sehingga 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >