RSN lancar kapal perang baru rekaan, buatan S'pura
Yang pertama dihasilkan dalam tempoh 20 tahun sepenuhnya di Singapura
Jul 04, 2015 | 05:30 AM
SINGAPURA melancarkan sebuah kapal perang baru - yang pertama daripada lapan - yang akan menajamkan kuasa tembak angkatan tentera laut bagi menangani ancaman maritim.
RSS Independence, sebuah kapal misi pesisir (LMV), akan melalui ujian di laut mulai tahun depan selepas sistem pertempurannya dipasang.