Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rugi $5.2 juta akibat penipuan tambang di pengangkutan awam pada 2016

Sep 10, 2017 | 12:30 PM



MENGEKORI secara dekat atau ‘tailgating’ seorang penumpang lain yang melalui gantri di stesen MRT, atau menggunakan kad konsesi milik orang lain mungkin boleh disifatkan sebagai perbuatan nakal.



Namun perbuatan nakal ini menyebabkan kerugian yang dianggarkan sekitar $5.2 juta tahun lalu, menurut akhbar The Sunday Times (ST) dalam laporannya.



Bagaimanapun, jumlah kejadian mengelak membayar tambang semasa menggunakan rangkaian pengangkuatan awam seperti ini telah jatuh, selepas hukuman lebih tegas diperkenalkan awal tahun lalu.



Sehingga 31 Mac lalu, terdapat 7,618 kes menipu di pengangkutan awam, kemerosotan 15 peratus berbanding 8.989 kes yang didaftarkan dalam tahun kewangan sebelumnya, menurut Majlis Pengangkutan Awam (PTC).



Kes seperti ini merangkumi penumpang yang tidak membayar tambang, membayar tambang yang tidak mencukupi atau menyalah gunakan pas konsesi dan tiket yang tidak boleh digunakan berbilang penumpang.



Bercakap kepada ST, jurucakap PTC berkata:

“Keseluruhannya, pelaksanaan hukuman lebih tegas adalah pencegah berkesan bagi perbuatan mengelak tambang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >