Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rugi $8,000 ambil pinjaman daripada syarikat palsu

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



Kes penipuan terus menjadi keprihatinan kebelakangan ini dengan jenis penipuan juga semakin pelbagai. Sebagai contoh, bilangan kes penipuan telah meningkat 80 peratus dalam 11 bulan pertama tahun lalu kepada 14,960 kes dengan jumlah penipuan mencecah $254.3 juta. BERITA HARIAN menyorot trend penipuan ini, dan memaparkan mangsa daripada skim penipuan pinjaman.




DEK terpancing dengan laman palsu yang kononnya menawarkan pinjaman sah, Encik SJ (bukan nama sebenar) gigit jari apabila beliau kerugian lebih $8,000.



Tahun lalu, Encik SJ, 34 tahun, telah melungsuri Internet untuk cuba mendapatkan pinjaman $30,000 bagi mengubah suai rumah barunya.



Ini setelah bank setempat tidak meluluskan permohonannya kerana beliau mempunyai skor kredit rendah akibat perniagaan bersama rakannya yang telah mengalami kerugian besar.



Semasa membuat carian dalam talian mengenai pelbagai pilihan pinjaman, Encik SJ menemui laman yang digambarkan sebagai laman syarikat pinjaman wang berlesen di Singapura.



Untuk memulakan proses peminjaman wang tersebut, laman itu telah meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon.



Pada hari yang sama, empat orang yang menyamar sebagai wakil beberapa syarikat peminjam wang berlesen telah menelefon SJ mengenai permohonan peminjaman wang itu.



"Mereka menyamar sebagai wakil syarikat peminjam wang Credit Achieved dan U-Credit.



"Mereka kata, kadar faedah tahunan enam hingga lapan peratus sahaja. Mereka juga meminta maklumat peribadi saya.



"Pada waktu itu, saya berhubung dengan 'syarikat' Credit Achieved dan diberitahu bahawa sebelum saya boleh dapat wang, ada yuran proses sebanyak 10 peratus untuk dibayar dahulu," kata Encik SJ kepada Berita Harian.



Mengimbas kembali kejadian itu, Encik SJ, yang bekerja dalam sektor logistik, berkata bayaran itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kerana beliau mendapat tahu bahawa syarikat pinjaman wang yang berlesen tidak akan meminta apa-apa bayaran sebelum mengeluarkan pinjaman.



Namun, waktu itu, beliau terpedaya dan memindahkan sebanyak $5,100 kepada 'syarikat' tersebut.



Kemudian, Encik SJ diberitahu terdapat isu yang timbul mengenai peminjaman wang tersebut, dan wakil syarikat itu memberitahunya beliau akan menerima maklumat lanjut kelak.



Bagaimanapun, Encik SJ tidak mendapat sebarang berita daripada syarikat pertama itu.



Oleh kerana beliau memerlukan lebih banyak wang, beliau menghubungi satu lagi pihak yang mendekatinya sebelum ini iaitu 'syarikat' U-Credit.



"Lelaki itu berkata saya harus membayar 10 peratus cukai dan barangan perkhidmatan (GST) sebanyak $3,000. Saya pun ikut sahaja dan selepas itu, lelaki itu minta lebih wang dan itulah yang membuat saya sedar bahawa mungkin saya sudah ditipu," jelas bapa tiga anak itu.



Keesokan harinya, Encik SJ pergi ke balai polis untuk melaporkan penipuan itu dan cuba menghubungi bank untuk mencari jalan mendapatkan wangnya semula.



Namun, kedua-dua lelaki dari 'syarikat' pinjaman wang itu telah menghubungi Encik SJ sekali lagi untuk mendesaknya supaya membayar yuran pembatalan kerana beliau sudah menandatangani dan melanggar kontrak.



"Saya tidak ingat berapa peratus tetapi secara keseluruhan saya diberitahu harus membayar lagi $60,000 kepada kedua-dua pihak itu," cerita Encik SJ.



Beliau juga telah diugut oleh wakil 'syarikat' yang berkata mereka akan menghantar orang ke rumahnya untuk mendapatkan wang itu daripadanya jika beliau tidak membayar.



Pihak polis memberi jaminan kepada Encik SJ bahawa beliau tidak perlu takut dan ini semua ialah taktik untuk menakutkan mangsa untuk membayar lebih.



Secara keseluruhan, Encik SJ ditipu $8,100 dan sejauh ini tidak mendapat wangnya kembali.



Lebih ramai orang telah menjadi mangsa kepada skim penipuan tahun lalu, dengan bilangan kes penipuan meningkat 80 peratus dalam 11 bulan pertama tahun lalu.



Mangsa daripada 14,960 kes yang dilaporkan telah mengalami kerugian $254.3 juta dalam tempoh itu, naik 64.3 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.



Ini didorong kegiatan sindiket yang kebanyakannya berpangkalan di luar negara, yang memanfaatkan bilangan urus niaga dan interaksi dalam talian yang meningkat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, di Parlimen awal bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >