Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah dengan pembantu guna 20 peratus lebih air

Mar 10, 2020 | 08:54 AM



RUMAH yang mempunyai pembantu rumah menggunakan 20 peratus lebih banyak air daripada rumah tanpa pembantu, menurut satu kajian agensi air nasional PUB.



Secara purata, penggunaan harian per kapita bagi rumah tersebut adalah 160 liter manakala rumah tanpa pembantu rumah adalah 135 liter, lapor The Straits Times.



Antara sebab bagi penggunaan air yang lebih tinggi adalah kegiatan pembasuhan dan memasak yang lebih kerap dilakukan di rumah dengan pembantu rumah, kata PUB pada hari Isnin (9 Mac).



Terdapat 255,000 pembantu rumah yang bekerja di lebih 200,000 rumah di Singapura.



Presiden Persatuan Pekerja Domestik Asing untuk Sokongan Sosial dan Latihan (Fast), Encik Seah Seng Choon, berkata pembantu rumah mungkin tidak dilatih untuk menjimat air kerana peranan utama mereka adalah untuk melaksanakan kerja pembersihan dan memasak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >