SEBUAH rumah penjagaan baru yang boleh memuatkan sekitar 458 katil dan akses mudah ke Koridor Rel yang bersebelahan dengannya dijangka siap di perkarangan Hospital Alexandra menjelang penghujung 2027.
Ia sebahagian rancangan mewujudkan rangkaian khidmat perubatan yang lebih mudah dikunjungi dengan meletakkan kemudahan jagaan kesihatan dalam lokasi yang sama.