Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah kabin Krismas di Woodlands kini bertemakan Tahun Baru Cina

Feb 06, 2019 | 01:42 PM



RUMAH kabin bertemakan Krismas yang menarik perhatian penduduk Lembaga Perumahan dan Perlembagaan (HDB) di Woodlands telah menjalani transformasi sempena Tahun Baru Cina. 



Kabin kayu yang berhiaskan ‘salji’ yang terletak di hadapan Blok 178 Woodlands Street 13 Disember lalu kini dihias berdasarkan tema Tahun Baru Cina, antaranya dengan tanglong dan tulisan kaligrafi Cina. 



Encik Tan Koon Tat, 58 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa beliau telah mengambil masa selama sebulan sejak Krismas untuk membuat perubahan tersebut. 



“Masa agak suntuk, dan saya terpaksa mencari hiasan-hiasan berbeza dan ini agak sukar. Namun, saya tetap dapat melakukannya,” kata Encik Tan. 



Penduduk Woodlands itu telah meletakkan hiasan perayaan di sekitar kawasan kejiranan itu selama 10 tahun, termasuk untuk Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan juga Krismas. 



“Semasa saya sedang dalam proses menyiapkan (kabin Tahun Baru Cina itu), ada beberapa orang jiran yang telah membantu dengan beberapa perkara yang harus dilakukan,” kata Encik Tan, seorang tukang kayu. 



Seorang jiran dari blok berdekatan turut membantu menghasilkan tulisan Cina yang digantung di hadapan kabin tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >