Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah Kebajikan Muhammadiyah perlu sumbangan derma masyarakat

May 22, 2020 | 01:35 PM

RUMAH Kebajikan Muhammadiyah (RKM)  masih memerlukan $400,000 bagi melengkapkan lagi kemudahan barunya apabila ia berpindah ke bangunan 101 Elias Road, di kawasan pesisiran pantai Pasir Ris, tahun ini.

Keperluan itu juga demi memenuhi beberapa keperluan di luar jangkaan rumah kebajikan itu.

Tahun lalu, RKM membelanjakan kira-kira $3.38 juta bagi mengendalikan rumah tumpangannya.

Menurut RKM dalam kenyataannya, sekitar 20 hingga 25 peratus membentuk kos penyenggaraannya.

"Lantaran, RKM amat mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat dalam bentuk derma dan sokongan moral lain terhadap usahanya mencapai usaha pemulihannya. Ini demi mencerahkan lagi masa depan sekumpulan belia yang kurang bernasib baik di bawah jagaan dan asuhannya itu," ujar RKM dalam kenyataan tersebut hari ini.

Menekankan peri pentingnya sokongan dan kerjasama masyarakat dalam membantu usaha dan meningkatkan keupayaan institusi itu, Superintenden RKM, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed, berkata setiap penghuni berhak diberi peluang masa depan yang cerah bagi diri, keluarga, masyarakat dan generasi masing-masing.

“Apa pun, mereka memerlukan penjagaan sebaik mungkin. Kami di RKM tidak mungkin dapat memberi peluang itu kepada penghuni tanpa sokongan anda. Sama-samalah kita sokong dan buka peluang masa depan itu kepada mereka,” tegas beliau.

Derma dan sumbangan masyarakat akan membantu ke arah mencerahkan masa depan para penghuni di RKM.

RKM ditubuhkan oleh Persatuan Muhammadiyah sebagai cabang kebajikannya.

Ia menyediakan khidmat rumah tumpangan sepenuh masa bagi penjagaan, pengasuhan dan pemulihan belia kurang bernasib baik antara 10 dengan 19 tahun sejak 27 Disember 1989.

Sejak akhir bulan lalu, seramai 37 belia lelaki di tempatkan di lokasi RKM sekarang di Bedok North Street 3.

Untuk menderma, orang ramai boleh mengunjungi pejabat RKM di alamat: 58 Bedok North St 3 Singapore 469624

Secara cek, nyatakan nama penerima sebagai 'MWH' dan pos cek ke alamat di atas.

Untuk pemindahan wang antara bank, ia boleh dilakukan dengan menyalurkan derma ke akaun berikut: DBS Autosave A/C No: 017-010046-7

Pendermaan juga boleh dibuat menerusi laman https://www.giving.sg/muhammadiyah-welfare-home

Bagi sumbangan derma secara PayNow, anda boleh gunakan nombor identiti EUN: S58SS0020CMWH

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3