Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah kelab 'bijak' HomeTeamNS Khatib dibuka rasmi

Apr 14, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH rumah kelab baru setinggi lima tingkat dan seluas 21,000 meter persegi bagi anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) Home Team dan orang awam dibuka secara rasmi Sabtu lalu.



HomeTeamNS Khatib menampilkan sebuah hab pengembaraan yang mempunyai, antara lain, gelongsor, balapan berhalangan dan kemudahan memanjat, taman permainan bertemakan Peranakan dan arena permainan menembak airsoft.



Digelar sebagai rumah kelab 'bijak' pertama Singapura, ia mempunyai kios bantu diri, penjejakan pelawat pada waktu nyata, dan penggunaan aplikasi mudah alih sebagai antara cara operasinya didigitalkan.



Aplikasi itu membolehkan ahli menempah kemudahan tanpa perlu berada di situ dan mendapat tahu tentang kapasiti kemudahan pada waktu nyata.



Ia juga memberi akses tanpa kontak menerusi imbasan kod QR, kata HomeTeamNS, yang mengendalikan rumah kelab bagi NSmen dan keluarga mereka dan mempunyai lebih 200,000 ahli.



Aplikasi itu digunakan ahli sebagai ganti kepada kad keahlian fizikal, dan ini membantu mengurangkan beban kerja pentadbiran, lapor akhbar The Straits Times.



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam, yang menghadiri majlis pembukaan itu, berkata HomeTeamNS Khatib yang pertama daripada rumah kelab moden dan baru Home Team.



Beliau, yang juga pengerusi lembaga gabenor HomeTeamNS, berkata: "Kami mahukan yang terbaik dalam reka bentuk, kemudahan dan teknologi.



"Kami menghargai anggota kerahan Perkhidmatan Negara kami yang telah banyak menyumbang untuk memastikan keselamatan Singapura."



Sebagai sebahagian inisiatif membina masyarakat NS lebih kuat, Encik Shanmugam berkata NSmen akan dapat menggunakan gim HomeTeamNS bagi Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) NS mereka mulai bulan depan.



Satu aplikasi mudah alih juga sedang dirintis untuk memperkemas pendaftaran, mencatat kehadiran dan penjejakan prestasi untuk sesi latihan kecergasan, tambahnya.



Presiden HomeTeamNS, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata terdapat peningkatan ketara dalam pendaftaran keahlian dan pembaharuan dalam kalangan ahli yang tinggal di kawasan utara dari Oktober lepas hingga bulan lalu, berbanding tempoh sama 2019 hingga 2020.



Menurutnya, pembukaan rumah kelab Khatib disambut baik oleh ahli.



Sekitar 500,000 pengunjung telah ke HomeTeamNS Khatib sejak Ogos tahun lalu, sedang langkah keselamatan Covid-19 dilonggarkan secara beransur-ansur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >