Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah keluarga di Yishun ditimpa kebakaran sehari sebelum Ramadan

Mar 22, 2023 | 11:32 PM

HARAP anda mendoakan yang terbaik bagi saya dan keluarga saya.

Demikian keluhan Encik Luqman Afiq apabila ditimpa musibah selepas rumahnya mengalami kebakaran sehari sebelum Ramadan bermula pada dinihari Rabu.

Dalam catatannya di Instagram, beliau menyatakan flatnya di Yishun dijilat api pada awal Rabu sekitar 2 pagi.

Mujur isteri dan anak lelakinya yang masih bayi dilaporkan selamat, katanya.

Berita Harian yang telah menghubungi isteri Encik Luqman, Cik Nur Hafizah menyatakan beliau enggan memberi komen mengenai kejadian itu.

“Keluarga saya selamat dan kami sedang cuba membangkit semula daripada kejadian ini dengan perlahan,” katanya. 

Dalam kenyataannya pada Rabu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kebakaran di sebuah flat di Blok 672C Yishun Avenue 4 sekitar 2.25 pagi.

Kebakaran yang berlaku di sebuah bilik tidur unit tingkat 13 itu dipadam menerusi jet air, kata SCDF.

Sekitar 50 penduduk dari blok yang terjejas itu turut telah dipindahkan oleh polis, tambah SCDF sementara tiga individu yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan telah menolak tawaran SCDF untuk dikejarkan ke hosptial.

Gambar-gambar yang dimuatnaik Encik Luqman menunjukkan kebanyakan barangan yang terbakar di bilik tidur itu berada dalam keadaan teruk dan bekas hitam menyelimuti hampir seluruh rumah tersebut.

Punca kebakaran itu masih sedang disiasat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3